Friday, August 24, 2007

Personal Empowerment - "Penchenkah" Penentu Kehidupan?

Hari ini semasa menghadiri satu majlis perkahwinan seorang bekas rakan sekolah berbisik kepada saya, "Aku dah pencen. Umur sudah 56 tahun. Duduk rumah sekarang."

Ungkapan ini membuatkan saya tersentak. Berfikir panjang. "Pencen" dan "kehidupan".

Apakah kita meletakkan pencen sebagai penentu kehidupan? Apakah kita terpaksa menunggu hingga sampai hari pencen untuk berasa bebas? Kenapa perlu kita biarkan pencen membelenggu diri kita?

Berapa lama pula kita telah pikul beban kerja kita sekalipun kita tidak sukakannya kerana hanya menunggu hari pencen diumur 56 tahun. Kita seolah-oleh meletakkan sesuatu angka umur sebagai mercu tanda kebebasan kita. Bermakna kita bebas dari bebanan kehidupan bila kita sampai angka umur itu.

Jika kita biarkan "pencen" sebagai penentu kebebasan kita maka kita telah sekian lama terpenjara. Kita "penjarakan" diri kita kerana sesuatu ketakutan dan kebimbangan yang menghantui diri kita. Mungkin kita rasa tidak selamat kerana amat bergantung dan mengharapkan wang pencen.

Jika begitulah pegangan kita maka kita sebenarnya telah lama menidakkan kebahagian dan keseronokkan hakiki yang sepatutnya kita nikmati. Kita telah sekian lama biarkan diri kita dihantui oleh bayang keresahan, kebimbangan, kerisauan dan ketakutan yang hanya diandaikan akan selesai bila kita pencen.

Saya amat bernasib baik kerana tidak berpencen. Saya telah lama "pencen" apabila saya membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang menjadi minat dan "passion" saya sekalipun terpaksa mengahadapi pelbagai liku-liku cabaran dan risiko, halangan dan tintangan, pahit maung dan duka. Pun tidak kurang ianya dipenuhi dengan keseronokan, suka dan riang serta sedikit kemewahan yang diizinkan oleh Ilahi.

Saya hanya akan dipencenkan oleh Allah bila tiba masanya. Sebelum itu saya akan melakukan apa yang saya perlu buat dan diredhai oleh Allah. Sebab itulah tidak ada ayat Al-Quran yang menyarankan secara khusus umur berapakah kita perlu pencen. Nabi Muhammad meneruskan dakwahnya hingga keakhir ayat tanpa henti.

Jadi janganlah biarkan satu angka umur membelenggu diri anda. Tidak usahlah "look forward" hari itu kerana apabila hari itu tiba ianya tidak kekal lama. Lebih baik "look forward" hari ini dan setiap hari yang dianuggerahkan pada kita. Hiduplah didetik ini. "Carpe Diem"!!

No comments: