Saturday, August 4, 2007

Buku Anda Berhak Hebat

Buku yang diterbitkan pada tahun 2003 ini adalah sebagai menyahut matlamat saya semasa menyertai seminar "Unleash Power Weekend" yang dikendalikan oleh Anthony Robbins diSingapura pada tahun 2001.

Buku ini memuatkan berbagai kaedah untuk menjana diri menjadi seorang yang benar-benar mantap. Ianya bermula dengan soalan utama diri iaitu "Apakah yang sebenarnya saya mahu dari kehidupan ini?".

Saya dapati ianya bukan sahaja satu soalan malah lebih merupakan satu prinsip kehidupan yang paling penting dalam kehidupan setiap insan. Soalan ini dapat menentukan bahawa kita sentiasa terarah dengan impian yang kita inginkan supaya ianya benar-benar menjadi kenyataan.

Jika kita benar-benar mahukan sesuatu dan kemudian menjadikan satu pilihan yang kita putuskan maka segala pemikiran dan usaha yang ditumpukan dapat menjadikannya ia satu kenyataan.

Dipenghujung buku ini saya sarankan dengan bab yang pendek bahawa kita hanya ada detik ini untuk dimanfaatkan. Yang berlalu tidak akan kembali dan masa hadapan hanyalah satu mimpi yang belum pasti.

No comments: