Saturday, September 5, 2009

Komunikasi Canggih Dengan LAB Profile

Apa kata jika anda boleh meramal kelakuan seseorang dan kemudian dapat mempengaruhinya dengan hanya bertanyakan beberapa soalan sahaja dan kemudian mengamati apa yang diperkatakannya. Tidakkah itu menarik dan berguna kepada anda?

Jika anda telah lama inginkan satu kemahiran komunikasi luar biasa dan telah lama mencarinya anda patut memikirkan mengenai LAB Profile. LAB profile adalah satu kaedah komunikasi percakapan dimana anda hanya perlu mendengar apa yang diperkatakan, memahami corak (atau decode) apa yang sedang diperkatakan oleh klien anda dan kemudiannya memberikan respon sewajarnya mengikut caranya.

Dengan LAB profile anda akan dapat memahami corak-corak bahasa yang sedang diucapkan oleh seseorang kepada anda. Corak-corak ini akan memberikan rahsia mengenai kelakuan orang yang berinteraksi dengan anda.

Dalam LAB Profile ada 14 kategori Meta-Program (anda patut ketahui jika anda seorang NLPer) yang digunakan dari sejumlah 60 program meta. Meta Program adalah penapis-penapais otomatik yang adala dalam minda separa sedar kita bagi menapis segala stimulus yang masuk kedalam minda kita dan kemudiannya membentuk model dunia kita. Meta model bolehlah dikatakan penapis yang membentuk persepsi kita.

Dari 14 kategori Meta Program ini ianya dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu adalah ciri-ciri motivasi yang mendorong seseorang. dan satu lagi adalah ciri-ciri kerja yang menunjukkan kelakuan cara kerja seseorang.

Corak-corak yang diperkatakan bergantung kepada konteks tertentu. Bagi seseorang yang coraknya adalah dalaman atau introvert sewaktu dipejabat dia mungkin menjadis eorang "luaran" atau extrovert bila pulang kerumah. Pejabat dan rumah adalah dua konteks yang berbeza.

Bagi anda yang ingin mengetahu LAB Profile dengan lebih lanjut MTM Consultants akan menganjurkan satu program "Pengamalan Asas LAB Profile" (Basic LAB Profile Practitioner) dalam bahasa Melayu / Malaysia selama dua hari.

Untuk keterangan lanjut dila hubungi 03-55134462 (Seri/ Sh Azian).

Tuesday, August 4, 2009

LAB Profile - STEP BAck

Berapa kerapkah anda ’step back’ atau melangkah kebelakang dalam kehidupan harian?

Kebanyakan dari kita hanya asyik memandang dan melangkah kehadapan. Itu bagus. Tetapi sekali sekala pastikan kita juga melangkah kebelakang untuk melihat apakah tempat kita berada tadi (sebelum melangkah kebelkang) itu adalah tempat yang betul dan berada pada laluan hala tuju yang kita ingini .

Latihan ini banyak kami lakukan semasa bersama Shelle Rose Charvet pengendali kursus LAB Profile diBerlin Germany ketika ini. Ini hari ketiga saya berada bersama Shelle yang terkenal dengan bukunya The Word That Change The Minds. Banyak kali semasa latihan Shelle mengajak kami melangkah kebekalang untuk menilai dari perspektif yang berbeza meta programnya.

Contoh meta program ialah “Opsyen dan Prosedur”. Jika kita seorang yang lebih cenderung kepada ‘opsyen’ elok kadangkala kita melangkah kebelakang melihat dari perspektif prosedur. Jika kita berurusan dengan seorang yang mirip kepada ‘prosedur’ maka komunikasi melalui perkataan yang kita gunakan mungkin kurang impak atau kurang berkesan kepada tindakannya.

“STEP BACK” pastinya dapat membantu kita menilai kedudukan kita samada berada dilandasan yang betul untuk bergerak seterusnya. Jika posisi sebelum ‘step back’ itu kurang tepat maka pembetulan dan perubahan yang sewajarnya perlulah dibuat untuk menentukan pergerakan kita kehadapan seterusnya mengikut landasan yang kita ingini.

Sekian dari Berlin Germany

601 Avendi Hotel at Griebnitzee
Postdam Berlin Germany

Monday, August 3, 2009

Program "LAB Profile" Berlin Germany


Catatan Perjalanan LAB Profile

3hb Ogos 2009
Hotel Avendi, Postdam Berlin

Dari Shah Alam. Singgah diAmsterdam Schipol Airport. . Sampai diBerlin Tegel Airport. Akhirnya kePostdam Hotel Avendi.

Satu perjalanan yang jauh. Agak memenatkan. Tetapi menyeronokkan. Bermacam perkara menarik berlaku.

Tempat duduh F yang tersepit ditengah-tengah anatara lima orang Belanda. Beg lebih berat sewaktu check-in penerbangan KLM diAmsterdam Schipol Airport . Barangan terpaksa diubah beg untuk meringannkannya. Sewaktu peperiksaan keselematan botol cili sos Lingham (yang menjadi kegemaran) dirampas. Syukur kerana makanan bertin diberikan kembali apabila penyelia keselematan melepaskkannya setelah puas menjelaskkannya.

Dari Tegel Aiport menaiki bas menuju kebandar Berlin perhentian Zoological Garden. Peta yang diberikan berbehasa German. Membuka semua deria dengan sepenuhnya kerana rasa tak pasti.

Sewaktu tutun dari bas dengan 2 beg besar dan satu beg galas arah tuju tidak diketahui. Lantas menggunakan prinsip satu amalan kehidupan saya. Bertanya! Ternampak seseorang Asia macam Cina dan bertanya boleh cakap Inggeris atau tidak. Yes, katanya.

Untuk bina rapport tanya dia asal dari mana. Malaysia, katanya. Wow! Terpegun ditengah bandar Berlin terjumpa orang berasal dari Malaysia. Mungkin hukum sibernatuk sedang beroperasi. Lalu memberitahunya saya orang Malaysia.

Oleh kerana penampilannya saya bertanya adakah dia orang Cina. Bukan, katanya. Dia orang Melayu. Dia tidak lagi berapa fasih bahasa Melayu ekrana sudah terlalu lama meninggalkan Malaysia. Ibunya dari kedah. Bapa tirinya berbangsa Inggeris seorang pelombong bijih timah yang kemudian berpindah ke Afrika Selatan.

Kemudian menuju Postdan dengan keretapi. Mendapatkan penerangan untk teksi menjadi masalah. Dia suruh naik keretapi lagi menuju hotel. Saya kurang faham. Akhirnya keluar dari stesen dan dapatkan teksi keHotel. Check-in mudah kerana nama sudah tersedia. Oleh kerana lapar perkara utama ialah makan maggi dengan serunding ayam dan sambal ikan bilis.

Sedap? Lebih dari sedap tentunya dalam keadaan begitu.

Satu perjalanan yang menarik. Petang ada pertemuan ’cocktail yang saya hadiri dengan trainer dan peserta lain. Itu cerita lain.

Thursday, May 14, 2009

Buku "NLP: Rahsia Sains Dan Kejayaan Diri"

Sebuah buku penunjuk cara bagaimana otak dan minda kita berfungsi. Buku ini merupakan satu manual untuk menjalankan otak dan minda kita - satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah swt Pencipta Agung kita.

Penggunaan minda sedar dan minda separa sedar diperjelaskan dengan mendalam. Ianya menunjukkan pertalian dan proses aliran diantara kedua-dua bahagian minda tersebut

Buku setebal 248 muka memaparkan perkembangan sejarah, pembangunan NLP, tonggak-tonggak, prinsip dan corak-corak NLP.

Memuatkan dengan terperinci kaedah penggunaan teknik-teknik menyauh, Model Meta, Model Milton, Meta-Program, Submodaliti atau "Meta States", dll.

Monday, February 2, 2009

Matlamat Oh Matlamat - Bhg 2

Sambungan dari bhg 1 ....

Dalam pembinaan matlamat ayat B menjadi pedomannya. Anda hendaklah boleh nampak matlamat itu dicapai kerana anda amat yakin boleh mencapainya.

Dalam satu sesi program saya ayat ini mengundang perbincangan hangat. Seorang peserta yang memilih ayat A menyatakan pelbagai logik bagi menyokong pandangannya. Diwaktu itu lututnya sedang sakit dan dia berjalan dengan sokongan tongkat. Dia memberitahu saya dia akan menjalani pembedahan untuk membolehkannya berjalan seperti ‘normal’ semula.

Lalu saya bertanya dia, apakah matlamatnya untuk menjalani pembedahan lututnya. Jawapannya ialah untuk membolehkan dia berjalan seperti biasa tanpa tongkat.

“Apakah anda percaya bahawa anda dapat berjalan selepas pembedahan itu?” tanya saya lagi.

“Sudah tentu” jawabnya.

“Adakah anda akan lakukan pembedahan sekiranya jangka pembedahan itu tidak berjaya? Tanya saya lagi.

“Ya. Saya tidak akan lakukan pembedahan jika ianya tidak membolehkan saya berjalan atau membuatkan saya lumpuh”. Balasnya.

“Jadi anda sudah dapat bayangkan bahawa anda tentunya dapat berjalan selepas pembedahan ini? Anda percaya dan yakin bahawa pembedahan itu akan berjaya dan tidak melumpuhkan anda. Anda percaya anda boleh mencapai matlamat anda”.

Dia bersetuju. Dan dia dapat memahami apa yang saya maksudkan dengan “Anda nampak apa yang anda percaya”

Inilah paksi pembinaan matlamat. Anda nampak dengan sejelas-jelasnya matlamat yang anda bina. Ianya bagaikan seorang arkitek yang mebina sebuah bangunan yang hebat seperti Menara Berkembar Kuala Lumpur. Itulah konsep pencapaian matlamat yang disarankan oleh Napoleon Hill dalam buku hebat “Think and Grow Rich” yang jualanntya melebihi 30 juta naskah. Konsepnya mudah yang saya panggil CBA iatu “Conceive, Believe , Achieve”. Jika anda boleh memikirkannya dan percayakannya maka anda boleh mencapainya.

Kesimpulannya, perkara utama apabila anda membina matlamat ialah adakah anda nampak dan percaya bahawa anda boleh mencapai matlamat tersebut. Anda nampak secara derianya (VAK – dalam NLP) bahawa matlamat itu sudah dalam gemnggaman anda hari ini. Minda anda tidak tahu antara nyata dan fantasi. Pada minda anda apa yang anda bina dalamnya adalah realiti padanya.
Selamat berjaya membina matlamat yang hebat-hebat untuk diri anda.

Matlamat Oh Matlamat - Bhg 1

Hidup kita penuh berkisar dengan matlamat. Tidak kita matlamat besar atau kecil. Kita bergerak dari satu matlamat ke satu matlamat yang lain. Ianya berterusan tanpa putus-putus.

Oleh kerana penjanaan dan pembinaan matlamat itu begitu amat penting kepada kita, persoalannya apakah kita benar-benar tahu membina matlamat yang mantap. Matlamat yang kita bina itu benar-benar dapat diterjemahkan menjadi realiti. Bagi kebanyakan orang ianya merupakan satu cabaran besar. Dan bagi ramai dari mereka membina matlamat adalah secara sambil lewa atau ‘ad-hoc’ sahaja. Apa yang terlintas didalam minda, itulah matlamat baginya.

Kajian saya menunjukkan membina matlamat memerlukan pemikiran yang mendalam. Soalan utama kehidupan setiap insan “Apakah yang saya mahu?’ adalah pembina matlamat. Soalan ini adalah asas utama dalam NLP. Apabila kita dapat merencanakan apa yang kita mahu, soalan asas kedua ialah “Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?”. Yang lain-lain kemudiannya hanyalah merupakan satun mekanisme sahaja.

Ramai yang tersasar diperingkat awal membina matlamat. Perkara yang paling utama sewaktu membina matlamat ialah anda mesti nampak anda boleh mencapai matlamat anda dengan jelas. Ini sesuai dengan prinsip kedua yang disarankan oleh Stephen Covey dalam bukunya “7 Habits of Highly Effective People” iaitu “Begin with the end in mind” atau “Bermulalah dalam minda dengan yang akhir”.

Ini bererti anda boleh nampak anda sudah berada digarisan penamat mencapai matlamat anda.

Lalu saya ingin ajukan pertanyaan ini pada anda. Yang mana satukah pilihan anda diantara kedua ayat ini:

Anda percaya apa yang anda nampak.
Anda nampak apa yang anda percaya
.

Apakah pilihan anda? Ayat A atau B.

Jika anda pilih A anda betul. Ianya adalah saintifik. Perlukan pembuktian. Anda perlukan bukti yang nyata atau yang ada dihadapan mata untuk mempercayai dan meyakini sesuatu. Tidak salah dari perspektif itu.

Jika anda pilih B anda betul. Sekalipun ianya tidak saintifik dan diluar logik namun banyak perkara yang terjadi begitu. Ini hukum Tuhan. Kita tidak nampak Tuhan tetapi kita mempercayainya. Kita tidak nampak arus letrik namun kita tahu ada arus letrik. Kita tidak nampak ‘energy’ atau tenaga tetapi kita nmempercayainya. Kita seolah-oleh nampak kerana kita percaya.

sambungan ke bhg 2

Saturday, January 24, 2009

Kerangkaan Semula

Seorang rakan jurulatih NLP diKL, Dr Ian Halsall, berkata kepada saya bahawa salah satu kaedah NLP yang padanya amat berkuasa serta berpengaruh ialah “Kerangkaan atau Merangkakan Semula”. Dalam terminologi NLP ianya dikenali sebagai “Framing” dan “Re-framing”.

Setelah memikir beberapa waktu saya agak bersetuju dengan pendapatnya. Sebagai seorang manusia kehidupan kita sentiasa membuat berbagai kerangka atau ‘frame’ setiap masa. Kerangka ini sentiasa dinamik dan berubah-ubah mengikut apa yang dicetuskan oleh fikiran kita.

Kita didorong kerangka demi kerangka yang bermain didalam minda kita. Kerangka yang dibentuk dan diberi makna kemudiannya memandu perlakuan kita. Ini membuatkan ada pengkaji NLP mengatakan. “manusia itu adalah makhluk yang dipenuhi kerangka”.

Lihatlah pada sekeping gambar. Yang berbingkai dan tidak berbingkai. Bentuk bingkai yang berbeza. Semuanya akan menjadikan gambar itu nampak berbeza.

Satu contoh yang masih segar diminda saya adalah satu kisah yang diperikan oleh Dr. Stephen Covey dalam buku bestsellernya “7 Habits of highly Effective People” dimana seorang bapa seang duduk bermenung jauh dalam sebuah keretapi sedangkan anak-anaknya lari berkeliaran dalam gerabak. Ini mengganggu keselesaan sesetengah penumpang lalu menegur bapa tersebut tentang perangai anak-anaknya. Sibapa yang bermenung muram menjawab, “mereka baru sahaja kehilangan ibunya yang meninggal dihospital akibat sakit”. Serta merta ianya membuatkan penumpang merasa simpati pada kanak-kanak tersebut kerana mereka dapat rasakan apa yang sedang dihadapi oleh keluarga tersebut.

Dapatkah anda bayangkan kerangkaan semula yang berlaku disini. Dari perasaan marah dan gelisah penumpang keretapi ianya bertukar kepada perasaan simpati dan ehsan. Ianya menukarkan sudut pandangan serta merta.

Satu contoh yang mudah lain ialah katakan anda sedang menunggu teman lelaki anda. Sudah lebih dari setengah jam anda tunggu tapi dia masih belum menjelma. Anda rasa geram dan marah. Sewaktu anda membuat keputusan untuk beredar dari situ setelah hampir sejam menunggu dia muncul dalam pakaian koyak rabak dan kesan luka dilutut dan tangannya. Dia beritahu anda dia menemui kemalangan motosikal. Apakah perasaan anda sekarang? Masih marahkah? Atau sudah menjadi kasihankah? “Frame” anda bertukar dalam sekelip mata.

Dimasa-masa hadapan apabila anda sedang menghadapi sesuatu yang sukar cuba alihkan pandangan semula. Cubalah kerangkakan semula apa yang anda sedang hadapi. Dan pastinya anda akan mendapat satu perspektif baru mengenai perkara tersebut.

Saturday, January 10, 2009

NLP Bukan Terapi

“NLP bukan terapi”, itu kata Richard Bandler, pengasas utama NLP.

Ramai orang yang mengganggap NLP itu terapi. Ricahard Bandler menekankan bahawa NLP adalah satu kaedah ‘modeling’ atau pencontohan mengenai perlakuan manusia yang cemerlang atau terbaik. Ianya satu pengalaman subjektif yang mempunyai struktur tertentu. Jika corak dan strukturnya dapat dicontohi maka hasil yang serupa dapat diperoleho leh orang lain.

Kaedah terapi atau kaedah-kaedah intervensi seperti menghilangkan fobia, resolusi konflik, mengubah tabiat secara kebetulannya adalah demonstrasi corak-corak struktur tersebut. Ianya sebagai satu model mengenai apa yang dialami. Dengan menggunakan teknik atau strategi tertentu ianya dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

Dalam bulu terbarunya “Get The Life That You Want” dengan NLP (tentunya!) Richard Bandler menceritakan bahagimana pada awal tahun 70’an terdapat lebih dari lima puluh kaedah pemikiran (school of thoughts) dan teori yang berbeza mengenai cara mengatasi masalah psikologi tetapi tidak satu pun yang berjaya memberikan hasil yang baik secara konsisten. Sebagai ahli matematik dan saintis beliau melihat dan membuat pendekatan yang berbeza dari psikologi.

Dia mengatakan dia tidak melihat ‘apa yang tidak kena’ atau ‘kenapa’. Beliau tidak mencari ‘ubatnya’. Beliau mencari ‘apa yang boleh berhasil atau berjaya tidak kira apa caranya. Jika ada pakar terapi yang berjaya beliau mengkaji apa yang mereka lakukan sebenarnya. (ini adalah modeling). Apabila seseorang dapat mengatasi masalahnya dia mencari apa yang berlaku. Hasilnya adalah NLP.

Thursday, January 8, 2009

DDG Dalam NLP

D.D.G (Delete, Distort, Generalise) adalah penapis-penapis utama yang beropreasi dalam minda bagi memperoses semua maklumat yang kita terima melalui 5 pancaindera kita iatu mata (lihat), telinga (dengar), kulit (sentuh), hidung (bau) dan lidah (rasa).

Kelima-lima pancaindera ini adalah sistem deria atau sensori yenag menjadi ‘antenna’ bagi menerima sebarang maklumat dari luar untuk diperoses oleh minda. Dalam masa NLP ianya dikenali dengan panggilan VAKOG (Visual, Audotori, Kinestetik, Olfaktori, Gastatori). Maklumat-maklumat luaran yang diterima melalui antenna ini merupakan stimulus-stimulus yang boleh mencetuskan pelbagai reaksi oleh minda.

Kita menerima ribuan maklumat dan stimulus pada setiap saat. Tetapi kenapa pula tidak semua maklumat yang diterima oleh kelima-lima pancaindera ini diterima, diperoses dan disimpan didalam bank memori kita? Jawapannya terletak terletak kepada DDG yang menjadi penapis-penapis utama kepada pengurusan sistem maklumat setiap individu.

Jika kita tidak mempunyai sistem penapis DDG ini kita akan dihujani dengan bebanan maklumat yang mungkin akan menjadikan kita rebah. Bayangkan sahaja jika anda dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja betapa banyak maklumat yang didedahkan kepada deria anda. Berapa banyak kenderaan yang anda lihat? Jenis Kenderaan? Warnanya? Nombor pendaftarannya? Tempat anda melihatnya? Percakapan dan bunyi yang anda dengar? Punca suara dan bunyi?

Kenapa pula anda tidak ingat semuanya kecuali yang perlu sahaja. Sistem DDG sedang beroperasi untuk anda.

Delete adalah dimana anda memotong mana yang anda tidak perluakan. Kita hanya menerima dan menyimpan yang kita mahu sahaja. Kemudian kita Distort atau herotkan-petotkan mana yang perlu. Kita lihat satu benda. Kita buat persepsi. Lain pula jadi ceritanya. Kemudian kita buat secara umum atau Generalize sahaja. Kita buat andaian ianya sama sahaja. Betapa banyak yang kita lakukan secara umum sahaja.

Dalam NLP penapis-penapis ini yang diperincikan lagi kepada 12 bahagian dikenali dengan Meta-Model. Ianya adalah salah satu model yang dibangunkan oleh Richard Bandler dan John Grinder apabila mereka mempelopori NLP diperingkat awalnya. Mereka juga sebut meta model ini sebagai “The Structure of Magic”.