Wednesday, December 12, 2007

Menjana Potensi Minda Menerusi NLP

Program khusus untuk pelajar-pelajar sekolah ini memfokuskan kepada penggunaan kaedah-kaedah NLP dan Hipnosis untuk meningkatkan keupayaan diri. Pelajar-pelajar akan dapat mengetahui teknik membina strategi diri melalui sistem representasi dalaman diri mereka.

Antara teknik-teknik NLP yang akan diterapkan kepada pelajar-pelajar ialah:
  • ‘Circle of Excellence’ bagi menjana sumber diri
  • ‘Apresiasi Diri’ untuk meningkatkan harga diri
  • Anchoring’ bagi mencungkil rahsia mantap diri
  • Timeline’ mengguna terowong masa bina strategi diri
  • Teknik ‘CRAFT’ untuk mengikis kebimbangan
  • SWISH Pattern’ melangkahi sebarang kekakangan diri masa lalu untuk membina diri anda yang baru

Semua program ini akan dikendalikan sendiri oleh Hj. Md Taib Mat. Beliau adalah seorang jurulatih NLP bertauliah “Certified NLP Trainer” (NFNLP, USA), “Certified Hypnotherapist” (IACT, USA), NLP Master Practitioner, NLP & Neuro Semantics Practitioner. Kelulusan ijazah MBA (IBEAR)USC, BSc Agribusiness Economics (SIU-C) dan Diploma Sains Pertanian (UPM).

Program 2008

Pengenalan & Asas NLP
12 & 13 January 2008 (Sabtu & Ahad)

Menjana Potensi Minda Dengan NLP Untuk Pelajar
Modul 1: Asas Membina Kecemerlangan Diri
26 January 2008 (Sabtu)

Modul 2: Mengukuh Kejayaan Diri
23 February 2008 (Sabtu)

Program Pengamal Asas NLP Bersijil (NFNLP,USA)
a) 4hb -6hb Februari 2008
b) 11- 13hb Februari 2008

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Seri Rohani 03-55134462 / 0192097087











Sunday, November 25, 2007

Mengapa NLP Berkuasa (Powerful)

Jika anda seorang NLP'er dalam ertikata yang sebenarnya anda mempunyai banyak kelebihan. Anda tahu bagaimana mengendalikan minda/otak (brain anda). Anda dapat menjalankan meta-program yang sentiasa dapat meletakkan diri anda dalam keadaan yang anda ingini.

Seseorang NLP'er yang sebenarnya tidak hanya tahu ilmu atau teknik yang dipelajarinya. Lebih dari itu dia dapat mengamalkan kaedah-kaedah yang diketahuinya itu pada setiap masa terutama masa-masa yang mencabar. Dia dapat menjadikan ilmu dan kaedah dari NLP untuk mengarah (propel) dirinya. Pendek kata dia mempunyai satu sistem propulsi (propulsion) yang hebat untuk menjadikan dirinya positif dan menangani sebarang suasana.

Lebih dari itu seseorang NLP'er dapat mempelopori dan menerokai perkara baru melalui meta-program yang diprosesekan dalam otaknya untuk menjadikannya satu kenyataan. NLP'er berani mencuba kerana baginya "tidak ada kegagalan, hanya maklumbalas". Bila dia melakukan kesilapan dia berasa bertuah kerana kesilapan begitu tidak akan diulang lagi.

NLP bukanlah sekadar satu kaedah yang setakat dipelajari dan kemudian dibiarkan begitu. Ianya adalah satu amalan yang berterusan untuk menjadikan diri sentiasa cemerlang. Teknik atau "pattern" yang dipelajari bukanlah sesuatu yang mekanik dan statik tetapi sentiasa menghasilkan sesuatu yang dinamik setiap kali kita melakukannya.

Itulah semangat NLP. Itulah yang menjadikan NLP amat berkuasa (powerful) untuk diri kita.

Tuesday, September 11, 2007

Mengendali Diri .... Kunci Utama Kejayaan

Samada anda menempa kejayaan dan mendapat apa yang anda ingini ianya banyak bergantung kepada keadaan diri anda.

Mengendali keadaan diri (state management) yang juga dipanggil "royal highway to success" adalah kunci utama kepada kejayaan utama. Ianya merupakan perbezaan anda berjaya atau tidak.

Keadaan diri anda ditentukan oleh fisiologi diri anda. Kitaran tenaga yang sentiasa mengalir dalam tubuh kita dihasilkan oleh fisiologi diri pada ketika itu. Ianya adalah merangkumi keadaan mental dan gerak tubuh diwaktu itu. Aliran tenaga dan getaran yang positif dakan dapat menghasilkan emosi yang positif menjadikan keadaan diri ceria, tenang, mantap, yakin dan bertenaga. Sebaliknya aliran tenaga dan getaran yang negatif akan menyebabkan emosi yang merudum menjadikan diri berserabut, gelisah, bimbang, dan sebagainya.

Keadaan diri yang positif meletakkan diri kita bersedia untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik dan dinamik serta dapat menghadapi sebarang cabaran. Keadaan diri yang negatif menjadikan kita kurang bermaya atau berdaya sumber (resourceful).

Keupayaan mengendalikan keadaan diri dalam sebarang keadaan adalah salah satu kandungan utama program NLP. Ianya ditunjukkan melalui teknik "re-framing", pernafasan dll.

Saturday, September 8, 2007

Kenapa NLP "Powerful"?

NLP sangat "powerful" (berkuasa, berkesan, impak tinggi) kerana ianya merupakan teknik-teknik pencontohan yang menerjah terus kepada minda separa sedar.

Jika sesuatu kecemerlangan yang terhasil kerana kekuatan minda dan mempunyai jejaknya yang boleh dicontohi maka ia adalah NLP. NLP adalah gabungan minda (neuro) dengan kaedah bahasa (linguistik) yang mempunyai tatacara atau susunan tertentu (programming).

Minda kita merupakan sebuah teater yang menayangkan pelbagai gambar. Gambaran atau bayangan yang terbentuk dalam minda akan dizahirkan secara fizikal melalui perlakuan kita. Jika kita dapat bayangkan sukses dengan amat kuat dan mantap dalam minda kita maka ianya akan diterjemahkan kepada sukses dialam nyata.

Napoleon Hill mengatakan, "Whatever the mind can conceive, and then believe, then it can be achieved". Tentunya ini mempamirkan corak-corak atau pattern tertentu yang boleh dihubungkait dan dimanfaatkan.

Dalam NLP banyak corak-corak telah dipelopori oleh pengkajinya. Antara corak-corak ini ialah untuk mengubah kelakuan, membina keyakinan, mencapai matlamat, memahami persepsi dan kedudukan diri dengan lebih mantap, menghilangkan fobia dan trauma, menambah daya sumber diri, menyelesaikan konflik dalaman diri, meningkatkan daya ingatan, kaedah komunikasi yang berkesan, penggunaan minda sedar dan minda separa sedar, dan banyak lagi.

Aplikasi NLP adalah amat luas yang boleh dimanfatkan oleh mereka yang terlibat dalam bidang komunikasi, pemasaran dan jualan, pengurusan, mengajar, kaunseling, latihan , dll.

MTM Consultants menganjurkan kursus "Pengamal NLP Asas Bersijil" selama 6 hari dibawah naungan National Federation of Neuro-Linguistic Programming (NFNLP,USA). Untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan Seri Rohani 019-2097087 atau 03-55134588.

Friday, September 7, 2007

Teknik Jualan ... "Apakah Yang Anda Jual?"

Pada mereka yang terlibat dalam bidang jualan cuba fikirkan"

"Apakah yang anda jual sebenarnya?"

Saham amanah (unit trusts). Kad kredit. Hartanah (real estate). Insuran. Produk kesihatan. Produk kecantikan. Resort time sharing. ......

Jika itu jawapannya, fikirkan sekali lagi... Jika itu jawapannya mungkin ianya adalah satu sebab anda dapati susah untuk mendapat jualan.

Ambil produk kesihatan. Prospek kurang berminat dengan produk kesihatan. Prospek lebih tertarik dengan faeadah atau manfaat (benefit) yang anda cuba terangkan mengenai produk tersebut. Walau bagaimanapun jika anda dapat faedah ini dalam bentuk yang lebih "impactful" prospek akan lebih tertarik, dan tentunya peluang jualan anda menjadi lebih tinggi.

Bagaimana? Jawapannya ialah menjual fantasi. Anda perlu mencipta satu "fantasi" yang amat menarik bagi produk tersebut iaitu fantasi yang ingin dimiliki oleh prospek itu. Prospek tentunya mahu sihat ..... prospek mahukan kehidupan yang tenang dan bahagia ...., prospek tidak mahu menanggung kos perubatan yang lebih tinggi ... dll.

Mencipta fantasi dan menghubungkannya kepada pelanggan ialah kaedah jualan kepada minda separa sedar. Menyebut produk atau faedah secara direct adalah komunikasi minda sedar. Jualan yang efektif berlaku dalam minda separa sedar.

Kaedah-kaedah ini dan banyak lagi diterangkan dalam Seminar 2 hari "Power Selling With NLP". Anda tentunya tidak mahu ketinggalan jika anda benar-benar mahukan jualan anda meningkat berlipat ganda.

Dapatkan keterangan lanjut dari Puan Seri Rohani 019-2097087 atau 03-55134588

Jualan Efektif Dengan NLP

Sesi "Jualan Efektif Dengan NLP" yang dikendalikan oleh Hj. Md Taib Mat kepada satu kumpulan MLM mendapat maklumbalas yang amat menggalakkan.

Walaupun sesi itu amat pendek namun peserta memaklumkan beberapa teknik yang didedahkan amat berguna kepada mereka untuk berkomunikasi dan mengendalikan urusan jualan mereka dengan lebih baik.

Teknik-teknik rapport, anhoring, kue akses mata, ketajaman deria telah ditunjukkan kegunaannya secara ringkas.

Modul dua hari "Power Selling with NLP" akan diadakan pada 20 & 21 November 2007 akan merangkumi perincian penggunaan teknik secara amali.

Thursday, September 6, 2007

Jadual Program 2007

Program-program yang akan dijalankan:

Sila rujuk maklumat bertarikh 23 Ogos 2007 dalam blog ini.

Wednesday, September 5, 2007

"Kata Mereka....." - Maklumbalas Peserta

"Luarbiasa hebat. Cukup Menakjubkan dan baik sekali"
Encik Mohd Pauzi
Pengarah Unit Kaunseling
Universiti Putra Malaysia
Program NLP & Hypnotherapy

"Banyak mengukuhkan lagi pemahaman saya tentang proses dan "pattern" NLP terutama penggunaannya dalam training. Well Done!"
Colonel (Ret) Zamberi Saidin
Certified Professional Trainer / Certified NLP Practitioner
Program NLP & Hypnotherapy

"Saya berasa betapa hebatnya kuasa Allah yang menganugerahkan akal yang begitu hebat kepada manusia".
Mohd. Khairi bin Zainuddin
Pendakwah / Penulis Kamus Arab-Bahasa Malaysia
Program Pengamal NLP Asas Bersijil

"Saya merasakan ilmu NLP ini perlu dimiliki oleh semua jurulatih dalam apa jua bidang lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dalam sektor awam. Penjawat awam yang terlibat dalam bidang kejurulatihan perlu memiliki Sijil NLP Basic Practitioner".
Encik Rosli Mohd. Aris
Penolong Pengarah Latihan IPLPBT SUK Selangor
Program Pengamal NLP Asas Bersijil

"Moving and awesome. Perlu dihadiri oleh orang ramai dalam pengurusan hidup harian".
Abdul Latip Manan
Manager HRD
Golden Hope Plantations (Synergy Drive Bhd)
Program Pengamal NLP Asas Bersijil

"Amat menarik. Memberikan teknik-teknik yang berkesan dan cepat untuk mencapai keadaan diri (state) yang berdaya sumber (resourceful). Penuh dengan aktiviti kerja (workshop) yang membantu untuk memahami konsep NLP dengan lebih berkesan".
Encik Mohamad Amin Abd Karim
Managing Director, Encore Solutions S/B
Program Pengamal NLP Asas Bersijil

"KataMereka ....." - Maklumbalas Peserta

"Cukup berkesan. Sudah lama dicari baru bertemu. Mengajar saya tingkahlaku baru. It is powerful tool to unleash our inner power. MTM Consultant and Tn Hj. Taib have transformed NLP into practicality and its applications to drive success".
Dr. Muhammad Jantan
Trainer / Kaunselor/ Motivator
Pengamal NLP Asas Bersijil

"Program yang sangat baik dan amat berguna kepada diri dan manusia lain. Sekaligus dapat meningkatkan kemahiran diri dalam mengendalikan masalah dengan lebih praktikal. Hasil daripada kursus dapat membantu saya mempraktikkan dalam kerjaya sebagai Kaunselor / Terapis."
En. Norazman Amat
Ketua Pusat Kaunseling MAINS /
Penulis Kolum Kaunseling Majalah
Pengamal NLP Asas Bersijil

"Fantastik".
En Jasmin
Auditor - Kementerian Sumber Manusia
Program NLP & Hypnotherapy

"Sangat berkesan kepada saya sebagai trainer. Ilmu dan contoh tauladannya sangat tepat. Semua jurulatih dan trainer wajib ikut kursus ini untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian dan penerapan pelatih".
Dr. Yahya Ahmad PIS, PhD
Principal Consultant
Anugerah HRM Consultant Sdn. Bhd
Program NLP & Hypnotherapy

"Diluar jangkaan. Banyak benda baru diperolehi."
Encik Hashim Mohamad
Konsultan / Bekas PTD
Pengamal NLP Asas Bersijil

"Program yang hebat yang mampu menyerlahkan potensi diri dan keupayaan minda."
Encik Kamal Amran bin Kamarudin
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Pengamal NLP Asas Bersijil

Seminar NLP & Hypnotherapy

"Fantastik". "Menakjubkan". "The best training I have attended in all these years". "Mengubah cara saya kendali training selepas ini". "Mengukuhkan pemahaman saya mengenai NLP untuk digunakan dalam training".

Itulah pandangan dan penilaian yang dibuat oleh peserta seminar 2 hari. Kebanyakan peserta adalah "seasoned" trainer dan kaunselor yang mempunyai pengalaman kerja yang lama diantara 25-35 tahun.

Kandungan kursus yang praktikal dan keadah pembelajaran "accelerated learning" yang diintegrasikan sepanjang kursus menjadikan program ini begitu menarik. Interaksi peserta dan dan "trainer" amat tinggi serta perkongsian pengalaman yang hadir menjadikan nilai tambah program itu begitu terserlah lagi.

Terima kasih pada Dr Yahya dan Kol Zamberi yang banyak berkongsi dan pandangan-pandangan dari semua yang lain serta integrasi dan rujukan Quran dan Hadis untuk NLP dengan Islam.

Monday, August 27, 2007

Perubahan Tempat Seminar NLP /Hypnotherapy

Dimaklumkan perubahan tempat dari seminar diatas pada 2 dan 3 Sept. 2007 dari Hotel Concorde ke Hotel De Palma Seksyen 19, Shah Alam.

Perubahan terpaksa dibuat kerana keperluan bilik yang lebih besar disebabkan bilangan penyertaan yang meningkat. Hotel Concorde tidak dapat menggantikan bilik lain.

Sunday, August 26, 2007

Penyertaan Program Pensijilan Pangamal Asas NLP

Sejak program NLP (NFNLP) Bahasa Malaysia dijalankan dari awal tahun 2007, peserta dari organisasi ini telah menyertainya:

1. Majlis Agama Islam Negri Sembilan (MAINS)
2. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
3. Yayasan Pembangunan Islam Negeri Sembilan
4. Tenaga Nasional Berhad
5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
6. Telekom Malaysia
7. Bahagian Latihan Setiausaha Kerajaan Selangor
8. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
9. Jabatan Agama Islam, Negri Sembilan
10 . Golden Hope Plantations Berhad (*)
11. Aliran Permata Sdn. Bhd
12. Salam Perdana (Training & Management Consultancy)
13. ZABHA Creative Learning Resources

Friday, August 24, 2007

Personal Empowerment - "Penchenkah" Penentu Kehidupan?

Hari ini semasa menghadiri satu majlis perkahwinan seorang bekas rakan sekolah berbisik kepada saya, "Aku dah pencen. Umur sudah 56 tahun. Duduk rumah sekarang."

Ungkapan ini membuatkan saya tersentak. Berfikir panjang. "Pencen" dan "kehidupan".

Apakah kita meletakkan pencen sebagai penentu kehidupan? Apakah kita terpaksa menunggu hingga sampai hari pencen untuk berasa bebas? Kenapa perlu kita biarkan pencen membelenggu diri kita?

Berapa lama pula kita telah pikul beban kerja kita sekalipun kita tidak sukakannya kerana hanya menunggu hari pencen diumur 56 tahun. Kita seolah-oleh meletakkan sesuatu angka umur sebagai mercu tanda kebebasan kita. Bermakna kita bebas dari bebanan kehidupan bila kita sampai angka umur itu.

Jika kita biarkan "pencen" sebagai penentu kebebasan kita maka kita telah sekian lama terpenjara. Kita "penjarakan" diri kita kerana sesuatu ketakutan dan kebimbangan yang menghantui diri kita. Mungkin kita rasa tidak selamat kerana amat bergantung dan mengharapkan wang pencen.

Jika begitulah pegangan kita maka kita sebenarnya telah lama menidakkan kebahagian dan keseronokkan hakiki yang sepatutnya kita nikmati. Kita telah sekian lama biarkan diri kita dihantui oleh bayang keresahan, kebimbangan, kerisauan dan ketakutan yang hanya diandaikan akan selesai bila kita pencen.

Saya amat bernasib baik kerana tidak berpencen. Saya telah lama "pencen" apabila saya membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang menjadi minat dan "passion" saya sekalipun terpaksa mengahadapi pelbagai liku-liku cabaran dan risiko, halangan dan tintangan, pahit maung dan duka. Pun tidak kurang ianya dipenuhi dengan keseronokan, suka dan riang serta sedikit kemewahan yang diizinkan oleh Ilahi.

Saya hanya akan dipencenkan oleh Allah bila tiba masanya. Sebelum itu saya akan melakukan apa yang saya perlu buat dan diredhai oleh Allah. Sebab itulah tidak ada ayat Al-Quran yang menyarankan secara khusus umur berapakah kita perlu pencen. Nabi Muhammad meneruskan dakwahnya hingga keakhir ayat tanpa henti.

Jadi janganlah biarkan satu angka umur membelenggu diri anda. Tidak usahlah "look forward" hari itu kerana apabila hari itu tiba ianya tidak kekal lama. Lebih baik "look forward" hari ini dan setiap hari yang dianuggerahkan pada kita. Hiduplah didetik ini. "Carpe Diem"!!

Untuk Jurujual - Meningkatkan Hasil Jualan

Bidang jualan dan pemasaran adalah satu bidang dimana teknik-teknik NLP dapat digunakan dengan berkesan untuk meningkatkan keberkesan proses jualan yang dilakukan. Langkah-langkah yang tersusun perlulah dibuat supaya peluang jualan menjadi lebih mantap dan cerah. Elakkan gaya "hentam kromo".

Brian Tracy dalam buku "Goals" menyatakan 7 langkah berikut:

1. Mencari prospek atau sasaran
2. Mewujudkan hubungan atau rapprot.
3. Mengenalpasti keperluan
4. Menyampaikan cadangan penyelesaian
5. Menjawab persoalan timbul
6. Mendapatkan (close) jualan
7. Mendapatkan jualan tambahan dan rujukan

Jika kita benar-benar memahami 7 langkah diatas peluang kita meningkat dengan ketara. Pengakalan data prospek akan bertambah. Jualan lebih mudah melalui rujukan. Jualan bertambah melalu jualan tambahan kepada orang yang sama dan orang yang dirujuk oleh mereka yang sudah menjadi pelanggan kita.

Dan tentunya ia akan memberi ganjaran kewangan melalui komisyen atau margin yang ditawarkan kepada kita. Cubalah formula ini sekarang. Dan beritahu saya maklumbalas anda.

Saya telah mencubanya bertahun-tahun dan hasilnya menakjubkan.

Thursday, August 23, 2007

Jadual Program 2007

Program-program yang dijadualkan hingga penghujung 2007

1. NLP & Hyonotherapy Untuk "Trainers" & Kaunselor
Tarkh : 3 & 4 Sept. 2007 ( 2 hari)
Tempat: Hotel Concord, Shah Alam

2. Program Pensijilan Pengamal Asas NLP (NFNLP)
Tarikh: 5 - 10 hb November 2007 (6 hari)
Tempat : Hotel Concord Shah Alam

3. Seminar "Power Communication with NLP for Selling"
Tarikh : 20 & 21 November 2007
Tempat: Hotel Concord, Shah Alam *

4. NLP & Hypnotherapy Untuk "Trainers" & Kaunselor
Tarikh: 3 &4 Disember 2007
Tempat: Hotel Sheraton, Subang Jaya

5. Seminar Membina Menjana Strategi Pelajar Cemerlang
dengan NLP & Hypnotherapy
Tarikh: Akhir Disember 2007
Tempat: Shah Alam


Program yang telah dijalankan:
1. Program Pensijilan Pengamal Asas NLP (NFNLP)
Tarikh: 23 -28 Julai 2007 (6 hari)
Tempat: Hotel Royal Adelphi, Seremban

2. Program Pensijilan Pengamal Asas NLP (NFNLP)
Tarikh: 13 - 18hb May 2007
Tempat : Hotel Bluewave, Shah Alam

3. Seminar "Enhancing Performance" Pegawai Kanan Polis
(Berpangkat Supt and ACP)
Tarikh: 17hb April 2007
Tempat : Maktab Polis DiRaja Cheras

4. Program Pensijilan Pengamal Asas NLP (NFNLP)
Tarikh: 24&25 Feb, 3&4, 10&11 March 2007 (Modular Format)
Tempat: Hotel Blue Wave, Shah Alam

Wednesday, August 15, 2007

What is the Meaning of Your Life - Siri Q 1

(Kali ini artikel dalam bahasa Inggeris untuk pastikan maknanya lebih utuh )

What is the meaning of your life?

What is your answer?

Think ... think ..... think again ..... Have you got the answer?.

The answer is in the question itself. "What is the meaning of your life?".

What? is the meaning of your life.

Yes, What? is the answer.

(The above is exerpted from a book by Ian Cooper, "Just Ask The Right Question".

My additional thoughts:

I agree with the writer. Our life is whatever meaning we give to it. It is up to us, personally and individually, to give our life its meaning - whatever it is. It can be rich or poor, smart or dumb, fulfilling or empty, success or failure, rewarding or emptiness, beautiful or ugly, fast or slow, joy or miserable, interesting or boring, etc, etc.. or rather .... whatever!!

Interesting about life isn't it? It made me ponder, whatever it is !!

Tip Bagi Jualan & Pemasaran


Jika anda terlibat dalam pemasaran dan jualan, sudahkah anda berpeluang membaca buku "The Guerrilla Marketing Revolution" tulisan Jay Conrad Levinson & Paul R.J Hanley?

Jay Conrad Levinson adalah pakar pemasaran dan jualan yang telah menulis siri-siri buku "Guerilla Marketing" sejak 20 tahun yang lalu yang telah terjual 18 juta buku dalam 42 bahasa.

Amat menarik sekali dalam buku terbaru ini Jay telah mengemukakan 25 senjata pemasaran baru yang sebahagian darinya adalah teknik-teknik NLP:

1. Fokus kepada Minda Tidak Sedar (Unconscious Mind)
2. Selari (Congruence)
3. Sistem Representasi Diri (Representational System)
4. Corak bahasa (Language Patterns)
5. Mencontohi Kecemerlangan (Modelling Excellence)
6. Pendirian hasil positif (Positif Outcome Stance)
7. Sauh & Pencetus (Anchors & Triggers)

Pada anda yang telah mengikuti program pengamalan NLP bersijil tentunya anda tahu bagaimana hendak menggunakan teknik-teknik diatas dengan berkesan bagi mendapatkan hasil yang diingini.

Dan sudah semestinya teknik yang berkesan yang membuahkan hasil tersebut akan menggandakan pendapatan anda berlipat ganda kerana anda mempunyai beberapa senjata istimewa yang amat berkuasa yang tidak dimiliki oleh kebanyakan orang lain.

Selamat Memburu Jualan dan "make maney".

Monday, August 13, 2007

Cerita - Sebatang Pensil


Saya amat sukakan cerita ini dalam sesi program saya. Cerita sebatang pensil.

Seorang nenek menceritakn perihal sebatang pensil kepada cucunya.

"Cuba cucu lihat dan pegang pensil ini" kata nenek sambil memberikan pensil itu kepada cucunya. "Pensil itu hanya bergeak atau arahan dan gerakan kita. Pensil ini juga mempunyai berbagai kualiti seperti yang terdapat dalam diri kita".

Begitu juga dengan kita. Kita digerakkan dan dipandu oleh sesuatu yang berkuasa kepada kita. Allah swt yang menjadikan kita. Kita digerakkan dan diberi arah panduan olehnya. Tanpanya kita statik dan kaku.

Kedua, pensil ini perlu ditajamkan supaya ia menjadi lebih berkesan. Sekalipun perit sedikit kerana diasah namun dia menjadi lebih berguna dan efektif. Begitu juga dengan kita yang sentiasa perli mengasah dan menajamkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran supaya menjadi lebih berupaya.

Ketiga, menulis dengan pensil membolehkan kita memadamkannya jika terdapat kesilapan. Membetulkan kesilapan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi membawa kita balik kelandasan yang betul dan lebih baik. Input kesilapan dalam minda kita perlu dipdamkan dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Kualiti keempat sebatang pensil ialah bukan kayu yang menjadi kulit luarannya. Yang penting pada sebatang pensil ialah "carbon" atau "graphite" didalamnya. Tanpa "carbon" kita tidak dapat menulis. Jadi pada kita yang penting ialah bukan luarannya, tetapi apa yang berlaku didalam diri kita. Kita perlu teliti dan kawal minda kita.

Kualiti yang kelima ialah sebatang pensil yang digunakan dengan baik akan meninggalkan tanda yang hebat - cerita, sajak, cerpen, pengkisahan sejarah, perancangan perniagaa, dll. Kita juga akan meninggalkan legasi satu hari nanti. jadi tinggalkanlah legasi baik yang akan dikenang sepanjang zaman.

Sehingga dilain cerita....

Meta Model Dalam Aksi

Betapa hebatnya minda kita. Dalam NLP satu komponen utama ialah Meta-Model. Ianya merangkumi Delete, Distort dan Generalization (DDG) .

Melalui proses DDG minda kita mempercepatkan pemerosesan maklumat dengan berganda. Ia merumuskan secara umum (generalize) dan memotong mana yang difikir perlu supaya ianya "click" dengan apa yang sudah ada dalam memori sub-conscious kita.

Cubalah baca artikel dibawah:

"Aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoetnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be at the rghit pclae. The rset can be a total mses and you can sitll raed it wouthit porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe".

Teknik inilah juga yang digunakan oleh minda dalam "speed reading" iaitu dengan scanning perkataan yang dibaca.

Keseronokan Vs Kesakitan - Bhg 2

Kebanyakan individu yang berkelakuan negatif tidak terdorong dengan "kesakitan". Mereka melihatnya dari segi "keseronokan". Lihat sahajalah pada penghisap rokok, penagih dadah, Mat Rempit, pengguna jalan raya berbahaya, dll.

Mereka lebih melihat kepada keseronokan hasil daripada kelakuan mereka. Ini menepati dengan salah satu andaian atau "presupposition" utama NLP : "Semua perlakuan manusia adalah berniat positif". Apa juga yang individu itu lakukan mempunyai niat yang positif bagi dirinya.

Sebab itulah kita dapati iklan-iklan seperti keselamatan jalan raya, penggunaan dadah, menghisap rokok dsbnya kurang berkesan kepada mereka yang melakukan amalan ini. Bagaimanakah boleh mereka menghentikan perlakuan atau amalan tersebut sekiranya semua yang dilakukan itu mendatangkan "keseronokan" kepada mereka.

Sunday, August 12, 2007

Keseronokan Vs Kesakitan (Pain Vs Pleasure)

"Keseronokan" dan "Kesakitan" adalah pemandu utuma (basic drivers) kepada segala perlakuan manusia. Apa juga yang kita akan lakukan didorongi oleh salah satu dari pemandu utama ini.

Kita boleh berubah (perlakuan kita yang berubah sebenarnya) dalam sekelip mata bila tahap “kesakitan” menjadi tidak tertanggung lagi. Apabila kita didalam kesulitan atau kemiskinan yang amat sangat dan dorongan “kesakitan” sudah sampai dipuncaknya, kesedaran akan membuatkan kita mencari pilihan baru.

Kita akan putuskan satu perlakuan baru yang akan mengubah segalanya. Ramai anak-anak Melayu yang hidup dalam kepayahan diawal kemerdekaan menjadikan model ini untuk berjaya dalam pelajaran dan hidup bagi mengecapi kemewahan hari ini. Ramai pegawai kanan kerajaan dan korporat yang melalui liku-liku ini.

Diantara keduanya, dorongan “kesakitan” lebih berpengaruh dari “keseronokan”. Sebab itulah apabila dorongan diberikan berasaskan “keseronokan” seseorang individu mungkin tidak peduli. Tetapi apbila memikirkan “kesakitan” yang bakal dialami dia akan mencari jalan untuk mengelaknya dengan apa cara sekalipun.

Model 2K (2P) ini adalah baik untuk diintegrasikan dalam sebarang motivasi yang kita jalankan; baik untuk diri atau orang lain. Ianya elok dibuat dengan menggunakan ketajaman deria (sensori acuity) yang kita pelajari dalam program pengamal NLP.

Hipnosis Dalam NLP


Hipnosis merupakan salah satu komponen yang diterangkan dalam NLP. Teknik Dave Elmam merupakan salah satu teknik hipnosis yang sering ditunjukkan dalam program pengamalan NLP.


Hipnosis adalah meletakkan klien dalam keadaan relaks yang dalam secara sedar. Klien sedar apay yang berlaku dikelilingnya. Dia boleh menerima atau menolak saranan yang disampaikan kepadanya.

Tip Untuk "Trainer" - Siri 2

Adakah anda mempunyai masalah untuk mewujudkan "RAPPORT" yang mantap bila mengendalikan sesi program anda? Siri ini menerangkan dengan ringkas bagaimana anda boleh mewujudkan "rapport" yang baik.

"RAPPORT" adalah jalinan hubungan diantara "trainer" dengan pesertanya. Ianya merupakan sebahagian dari kaedah komunikasi. Rapport yang lemah boleh menyebabkan peserta hilang tumpuan dan minat kepada apa yang sedang dilakukan oleh "Trainer".

"Breathing" atau pernafasan adalah salah satu kaedah asas bagi anda mewujudkan "rapport". "Trainer" arahkan peserta untuk sama-sama melakukan senaman pernafasan dalam 2-3 pusingan. Ini menjadikan semua yang ada bernafas dengan selari dan mencetuskan aliran tenaga yang kuat serta satu keadaan "in-sync" secara tidak sedar.

Kaedah ini membuatkan semua peserta memberi perhatian dan fokus secara tidak langsung kepada "trainer" dan program yang sedang dijalankan.

Lakukan kaedah ini diawal program anda. Ianya satu pembina tenaga (energy builder) yang menyemarakkan tenaga dan perasaan yang selesa.

Saturday, August 11, 2007

Tips untuk "Trainer" - Siri 1

Jika anda seorang “trainer”, apakah impian anda setiap kali mengendalikan kursus?

Tentunya salah satu impian setiap “trainer” ialah mendapatkan penglibatan menyeluruh yang bertenaga dan penuh keghairahan (enthusiastic) dari semua peserta. Mengekalkan peserta dalam keadaan bertenaga (high energy) dapat dicapai dengan beberapa cara yang menjadi amalan dalam program NLP (Neuro-Linguistic Programming)

i. Gunakan kaedah pernafasan terkawal (controlled breathing). Berikan sedikit masa (take a break) untuk melakukan sedikit pernafasan untuk mengubah fisiologi bila tenaga diamati menurun. Minta peserta berdidi, regangkan diri, dan bernafas.

ii. Memainkan muzik yang merangsankan minda boleh dilakukan bersama.

iii. Rehatkan peserta dengan memberikan laluan keapada mereka untuk kebilik air dsbnya.

iv. Gunakan teknik menyauh (anchoring). Minta mereka bangun dan gunakan anchor yang telah dibuat sewaktu permulaan program. Bulatan kecemerlangan (Circle of Excellence) boleh digunakan diawal program.

v. Bangun dan berbaris serta membuat urutan kepala dan belakang diantara peserta adalah salah satu keadah yang amat berkesan untuk mengembalikan tenaga dan merelakskan peserta.

vi. Sentuhan fisiologi seperti “hugging”, senyuman, “high-five” diantara peserta boleh diselitkan untuk menyemarakkan tenaga.

vii. Bila menyampaikan “keyword” minta peserta sebut semula dan “re-affirm” antara satu sama lain. Selain itu kata seperti “Aha!”, “Saya tahu (I know it)” dll dengan penuh geraksaraf juga meningkatkan tahap tenaga peserta.


Selamat Mencuba dan Berjaya.

Tuesday, August 7, 2007

Hasil (Outcome) - Tonggak 1 NLP

Hasil atau "Outcome" adalah salah satu daro tonggak NLP. Dalam apa juga yang kita lakukan, samada berjaya atau tidak, pasti ada hasilnya. Samada hasil yang diperolehi itu baik atau buruk, untung atau rugi, positif atau negatif; ianya adalah hasil dari tindakan yang kita pilih.

Hasil tersebut datang dari pilihan yang kita putuskan. Hasil itu datang dari soalan utama dalam NLP, "Apakah yang saya mahu?'.

Jadi dalam apa juga yang ingin kita lakukan, maka kita perlulah memikirkan dan merencanakan apakah "outcome" yang ingin kita perolehi. Ianya adalah titik penghujung destinasi kita. Ianya merupakan fokus kepada apa yang kita impikan.

Monday, August 6, 2007

Seminar Pensijilan Hipnoterapi Profesional


Seminar selama 8 hari dalam 2 modul iaitu Modul Asas (4 hari) pada 12 hingga 15 Julai dan Modul Lanjutan dan Pensijilan pada 19 hingga 22 Julai 2007 telah diadakan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.


Program ini dikendalikan oleh Dr George Bien yang merupakan "America's Premier Hypnosis Trainer" telah memperkenalkan berbagai teknik yang dapat digunakan dalam sesi hi[noterapi bagi membantu mereka yang bermaslah atau meningkatkan daya minda seseorang.

Bengkel "Mind Control" Dr William Horton

Tn Hj. Taib dengan Dr. William Horton, Founder & President NFNLP, di bengkel "Mind Control" yang diadakan pada 1hb. Ogos 2007 di Seri (Pan) Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Tn Hj. Taib adalah "Trainer NLP" bertauliah NFNLP diMalaysia.

Dr. William Horton adalah seorang Master Trainer NLP dan Hypnotherapy yang terkemuka dan telah menulis beberapa buku termasuk "Mind Control" dan "Selleing Yourself To Others" bersama Dr. Kevin Hogan

Saturday, August 4, 2007

Buku Anda Berhak Hebat

Buku yang diterbitkan pada tahun 2003 ini adalah sebagai menyahut matlamat saya semasa menyertai seminar "Unleash Power Weekend" yang dikendalikan oleh Anthony Robbins diSingapura pada tahun 2001.

Buku ini memuatkan berbagai kaedah untuk menjana diri menjadi seorang yang benar-benar mantap. Ianya bermula dengan soalan utama diri iaitu "Apakah yang sebenarnya saya mahu dari kehidupan ini?".

Saya dapati ianya bukan sahaja satu soalan malah lebih merupakan satu prinsip kehidupan yang paling penting dalam kehidupan setiap insan. Soalan ini dapat menentukan bahawa kita sentiasa terarah dengan impian yang kita inginkan supaya ianya benar-benar menjadi kenyataan.

Jika kita benar-benar mahukan sesuatu dan kemudian menjadikan satu pilihan yang kita putuskan maka segala pemikiran dan usaha yang ditumpukan dapat menjadikannya ia satu kenyataan.

Dipenghujung buku ini saya sarankan dengan bab yang pendek bahawa kita hanya ada detik ini untuk dimanfaatkan. Yang berlalu tidak akan kembali dan masa hadapan hanyalah satu mimpi yang belum pasti.

"Apakah Yang Saya Mahu?"

Sentiasalah bertanya soalan ini pada diri anda.

"Apakah yang sebenarnya saya mahu?".

Ini adalah paksi pada kehidupan kita. Ianya fokus kepada segala aktiviti kehidupan yang kita lakukan. Ianya adalah penunjuk arah dan pemandu kepada segala impian kita.

Soalan ini saya huraikan dengan panjang lebar dalam bab pertama dalam buku saya "Anda Berhak Hebat". Ianya satu soalan yang hendaknya melekat dibibir kita. Namun ramai yang terlupa lalu kehidupan kita menjadi satu rutin atau kebiasaan yang merugikan.

Jika kita benar-benar menghayati dan menjiwai soalan ini lalu mendapatkan jawapannya pasti kita akan menjalani satu kehidupan yang amat menakjubkan.

Wednesday, August 1, 2007

Minda Sedar

Minda Sedar yang dikatakan sebanyak 10% dari keseluruhan minda mengawal segala perkara yang dibuat secara sedar. ianya adalah penapis atau "filter" semua pemikiran yang kemudiannya disampaikan kepada Minda Separa Sedar (Tidak Sedar).

Memori yang terdapat dalam Minda Sedar adalah memori jangka pendek. Ianya boleh diumpamakan seperti ROM (Read On Memory) sebuah komputer. Ianya berfungsi apabila kita dalam keadaan jaga atau sedar samalah seperti apabila komputer itu dipetik switch "ON".

Minda sedar terlibat dengan perkara logikal, rasional, analitikal. Kita akan menimbang sesuatu perkara samada ianya dapat diterima akal (logik), munasabah atau tidak iaitu rasional, dan menilai secara terperinci iaitu analitikal.

Minda Sedar juga menguasai daya keinginan atau "willpower" kita. Jika kita benar-benar mahukan sesuatu Minda ini akan memulakannya untuk satu jangkamasa yang pendek sahaja. Penyerasaian atau "conditioning" dilakukan dalam Minda Separa Sedar untuk menjadikan ianya sesuatu yang boleh bertahan lama atau kekal.

Perkara seperti lapar dan marah dikuasai oleh Minda Sedar. Orang yang lapar dan marah amat kerana berada pada tahap pusingan gelombang otak (brain wave) yang tinggi atau pada peringkat Beta (13-20 cps).

Mengenai Minda

Minda kita adalah satu anugerah terhebat yang tidak ternilai oleh Ilahi. Ianya adalah punca kepada segala pemikiran, segala idea, segala perlakuan dan tindakan yang kita lakukan, yang menjadikan kita seperti kita hari ini. Seorang yang unik dalam erti kata segalanya.

Namun tidak ramai yang tahu mengenai minda. Dimana letaknya minda. Tentunya dalam otak. Otak dapat dilihat dan dibahagikan secara fizikal. Minda diletakkan secara konseptual oleh para pengkaji. Dibahagikan kedalam dua bahagian yang dinamakan Minda Sedar atau Conscious Mind (CM) dan Minda Tidak Sedar atau Unconscious Mind (UC).

Minda Sedar membolehkan kita melakukan perkara yang berkaitan pemilihan atau keputusan pada satu-satu ketika. Minda Tidak sedar merangkumi kawalan pernafasan, degupan jantung, memori dll.

Saturday, July 28, 2007

Pusat Minda Dinamik - Terapi Minda

Pusat Minda Dinamik yang menawarkan khidmat beberapa masalah seperti trauma, fobia, kebimbangan, membina matlamat, memantapkan diri, dll akan mula beroperasi pada bulan Ogos 2007.

Kaedah penyelesaian akan merangkumi penggunaan kaedah NLP, Hypnotherapy, kawalan pernafawan dll.

Ianya akan dikendalikan oleh Hj. Md. Taib Mat seorang pakar dan jurulatih bertauliah NLP (NFNLP, USA) dan Certified Hypnotherapist (IACT, USA) )

Pusat ini beroprasi pada hari Rabu dan Sabtu mulai jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Perkhidmatan hanya melalui temujanji yang dipastikan sahaja (confirmed appointment).

Teknik NLP Menyelesaikan Kemurungan

Baru-baru ini diSeremban kita telah berpeluang melihat penggunaan teknik NLP dalam sesi terapi menyelesaikan masalah kemurungan.

Seorang peserta telah membawa seorang sahabatnya yang mempunyai masalah kemurungan selama berbelas tahun. Dalam penerokaan singkat klien ini telah menceritakan latar belakang masa lalu yang mungkin menjadi punca kepada masalah kemurungannya. Ini menyebabkan dia sukar tidur. Kadangkala pula dia lebih tidur kerana terlalu murung.

Teknik utama yang digunakan dalam terapi ini ialah "Visual Squash". Ini kita tentukan dari penentuan "Outcome" kepada kunci utama "Apakah yang anda mahu?". Klien mahukan ketenangan.

Tekniknya ialah kita letakkan pola "murung" disatu bahagian dan pola "tenang" disatu bahagian. Kemudian kita mulakan proses.

Adalah amat unik sekali kerana semasa terapi 2 kali berlaku "letupan" dan terpaksa berhenti kerana cantuman tidak dapat berlaku. Klien mengalami kepala yang "berpinar" (kalibrasi dengan berpeluh didahi dan kerutan wajah).

Klien dapat menyempurnakan pada kali ketiga. "Future pacing dilakukan selepas itu dengan "hypnotic programming".

Klien memberitahu dia berasa lega selepas itu.

Pada anda yang telah mempelajari teknik Visual Squash dalam NLP ianya menjadi sebahagian dari "arsenal" atau alat anda untuk membantu ahli keluarga atau mereka yang memerlukannya.

Selamat mencuba.

NLP Bahasa Malaysia - Kumpulan Ketiga Seremban


Kita baru sahaja selesai dengan NLP Bahasa Malaysia Kumpula ke 3 di Hotel Royal Adeplhi Seremban. Program yang bermula pada 23 Julai berakhir pada Sabtu 28 Julai 2007 dengan 13 peserta.

Kalangan penyertaan terdiri dari kalangan "trainers / coaches", guru, agen insuran, kaunselor, pengetua / guru, imam, pegawai runding cara, usahawan, dll.

Ini menjadikan kumpulan NLP Bahasa Malaysia hampir 50 orang.
Gambar Kumpulan ke3:
(Duduk dari kiri): TnHj. Shafie, Tn Hj Zulkifli, TnHj. Taib, En Rosli, Pn Norhayati
(Berdiri dari kiri): En Mohd Nor, YM Tengku Nor Iftah, En Khairi, En Khir, En Pandak Alwi, En Wan Zamzuri, Cukgu Mohamad, En Norazman (Imam)

Saturday, July 21, 2007

Aplikasi NLP Dalam Latihan

Pengalaman Sdra Aziz Adnan Ketua Unit Kaunseling TNB:

"Team Building yg. saya jalankan kepada anak syarikat TNB pada 18-20 May 2007 di Chameron Highlang.

Saya banyak menggunakan pendekatan NLP yang baru dibelajar dengan “Chifu” kita. Wow.. mereka rasa seronok dan ini menjadikan saya lebih bertenaga / naik sheikh untuk
mengajar. Macam-macam pattern saya guna termasuklah swish pattern..

Paling seronok bila malam pertama ajar mereka pattern alarm clock untuk bangun pagi jam 6.00 pagi. Esok pagi saya Tanya berapa ramai yang dapat bangun jam 6 pagi? 60% kata ya.. Next day pula 90%.. wow…ia betul-betul berhasil…"

Wednesday, July 18, 2007

Guerilla Marketing


Jika anda seorang yang terlibat dalam jualan dan pemasaran NLP adalah salah satu kaedah efektif yang dapat mengkatkan keberkesanan anda lalu menggandakan pendapatan anda.


Jay Conrad Levinson yang memulakan kaedah Guerilla Marketing lebih dari 20 tahun dahulu kini memperihalkan NLP sebagai kaedah tersebut. Dalam buku terbarunya "Guerilla Marketing Revolution" NLP dibincagkan dengan mendalam seolah-olah buku itu menjadi buku NLP.


Dalam mengenalkan 25 senjata baru dalam pemasaran sebahagian besarnya adalah teknik NLP termasuklah

i. Tumpuan pada Minda Separa Sedar (Unconscious Mind)

2. Kongruen / selarian (congruence)

3. Sistem representasi (Representation Systems)

4. Corak bahasa (Corak Bahasa)

5. Pencontohan Kecemelangan (Modelling Excellence)

6. Penghasilan positif (Positive Outcome based thinking)

7. Sauh dan Pencetus (Anchors & Triggers)


Semua teknik-telnik diatas diterangkan dengan lebih mendalam dalam program NLP yang saya kendalikan. Mereka yang telah mengikuti kursus tersebut tentunya boleh mengaplikasikan dengan mudah kaedah-kaedah yang dinyatakan tersebut.


Seperti yang selalu saya katakan iaitu NLP adalah sesuatu yang pratikal dan mengamalkannya adalah mempelajarinya sesuai dengan definisnya iaitu "the study of the structure of subjective experience" selain definisi mudah iaitu bahasa minda atau "the language of the mind".


Imam Al-Ghazali

Saya terbaca sesuatu yang amat menarik hati mengenali ahli falsafah Islam terkenal iaitu Imam Al-Ghazali yang juga seorang sufi pada abad ke-12.

Beliau 800 lebih awal dari Ivan Pavlov menerangkan mengenai teori mengkondisikan atau "conditioning". Kajian Ivan Pavlov dengan anjing yang dikondisikannya mungkin berlandaskan apa yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali, "Bila sesorang itu sakit, air yang manis akan menjadi sesuatu yang pahit baginya".

Kita kondisikan diri kita dengan apa yang kita fikirkan.Kita percaya dengan apa yang mata minda kita lihat, bukan dengan apa yang matalihat.

Dalam kebanyakan hal kita sudah melihatnya sebelum mata melihatnya. Kita sudah bentuk kepercayaan melalui mata minda dan itulah yang kita putuskan.

Wednesday, July 11, 2007

UPW - Unleash Power Weekend

Tentunya saya tidak akan lupa pada program UPW yang saya hadiri diSingapura pada tahun 2001.

Program yang dikendalikan oleh Anthony Robbins, pakar motivasi no 1 dunia disertai hampir 4,000 orang dari seluruh dunia terutama benua Asia yang membanjiri Singapore Exposition.

Salah satu ungkapan Tony Robbins yang masih kekal dalam ingatan saya ialah "The past does not equal the future" atau "masa lalu tidak sama dengan masa hadapan. Tentunya satu falsafah yang besar ertinya dalam kehidupan kita jika kita benar-benar menghayatinya.

Jika dahulu kita hidup dalam kesempitan dan melarat, kita dapat mengubah nasib kita dimasa hadapan dengan mengubah fikiran kita dan dengan usaha yang kita laburkan.

Monday, July 9, 2007

Alam NLP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

NLP adalah satu teknologi kejayaan diri yang merangkumi pelbagai disiplin seperti psikologi, pemikiran sistem (systems thinking), komunikasi, sibernatik, dll.

Teknologi yang dipelopori oleh Richard Bandler dan Dr John Grinder pada pertengahan tahun 1970'an terus berkembang pesat dengan pengahilan yang menakjubkan. Penerokaannya masih lagi berterusan dengan penglibatan yang semakin ramai.

NLP dikatakan satu penemuan atau "breakthrough" dan disfatkan sebagai "alat yang amat berkuasa pernah wujud diabad ini" oleh Majalah Psychology Today.