Monday, February 2, 2009

Matlamat Oh Matlamat - Bhg 1

Hidup kita penuh berkisar dengan matlamat. Tidak kita matlamat besar atau kecil. Kita bergerak dari satu matlamat ke satu matlamat yang lain. Ianya berterusan tanpa putus-putus.

Oleh kerana penjanaan dan pembinaan matlamat itu begitu amat penting kepada kita, persoalannya apakah kita benar-benar tahu membina matlamat yang mantap. Matlamat yang kita bina itu benar-benar dapat diterjemahkan menjadi realiti. Bagi kebanyakan orang ianya merupakan satu cabaran besar. Dan bagi ramai dari mereka membina matlamat adalah secara sambil lewa atau ‘ad-hoc’ sahaja. Apa yang terlintas didalam minda, itulah matlamat baginya.

Kajian saya menunjukkan membina matlamat memerlukan pemikiran yang mendalam. Soalan utama kehidupan setiap insan “Apakah yang saya mahu?’ adalah pembina matlamat. Soalan ini adalah asas utama dalam NLP. Apabila kita dapat merencanakan apa yang kita mahu, soalan asas kedua ialah “Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?”. Yang lain-lain kemudiannya hanyalah merupakan satun mekanisme sahaja.

Ramai yang tersasar diperingkat awal membina matlamat. Perkara yang paling utama sewaktu membina matlamat ialah anda mesti nampak anda boleh mencapai matlamat anda dengan jelas. Ini sesuai dengan prinsip kedua yang disarankan oleh Stephen Covey dalam bukunya “7 Habits of Highly Effective People” iaitu “Begin with the end in mind” atau “Bermulalah dalam minda dengan yang akhir”.

Ini bererti anda boleh nampak anda sudah berada digarisan penamat mencapai matlamat anda.

Lalu saya ingin ajukan pertanyaan ini pada anda. Yang mana satukah pilihan anda diantara kedua ayat ini:

Anda percaya apa yang anda nampak.
Anda nampak apa yang anda percaya
.

Apakah pilihan anda? Ayat A atau B.

Jika anda pilih A anda betul. Ianya adalah saintifik. Perlukan pembuktian. Anda perlukan bukti yang nyata atau yang ada dihadapan mata untuk mempercayai dan meyakini sesuatu. Tidak salah dari perspektif itu.

Jika anda pilih B anda betul. Sekalipun ianya tidak saintifik dan diluar logik namun banyak perkara yang terjadi begitu. Ini hukum Tuhan. Kita tidak nampak Tuhan tetapi kita mempercayainya. Kita tidak nampak arus letrik namun kita tahu ada arus letrik. Kita tidak nampak ‘energy’ atau tenaga tetapi kita nmempercayainya. Kita seolah-oleh nampak kerana kita percaya.

sambungan ke bhg 2

No comments: