Monday, February 2, 2009

Matlamat Oh Matlamat - Bhg 2

Sambungan dari bhg 1 ....

Dalam pembinaan matlamat ayat B menjadi pedomannya. Anda hendaklah boleh nampak matlamat itu dicapai kerana anda amat yakin boleh mencapainya.

Dalam satu sesi program saya ayat ini mengundang perbincangan hangat. Seorang peserta yang memilih ayat A menyatakan pelbagai logik bagi menyokong pandangannya. Diwaktu itu lututnya sedang sakit dan dia berjalan dengan sokongan tongkat. Dia memberitahu saya dia akan menjalani pembedahan untuk membolehkannya berjalan seperti ‘normal’ semula.

Lalu saya bertanya dia, apakah matlamatnya untuk menjalani pembedahan lututnya. Jawapannya ialah untuk membolehkan dia berjalan seperti biasa tanpa tongkat.

“Apakah anda percaya bahawa anda dapat berjalan selepas pembedahan itu?” tanya saya lagi.

“Sudah tentu” jawabnya.

“Adakah anda akan lakukan pembedahan sekiranya jangka pembedahan itu tidak berjaya? Tanya saya lagi.

“Ya. Saya tidak akan lakukan pembedahan jika ianya tidak membolehkan saya berjalan atau membuatkan saya lumpuh”. Balasnya.

“Jadi anda sudah dapat bayangkan bahawa anda tentunya dapat berjalan selepas pembedahan ini? Anda percaya dan yakin bahawa pembedahan itu akan berjaya dan tidak melumpuhkan anda. Anda percaya anda boleh mencapai matlamat anda”.

Dia bersetuju. Dan dia dapat memahami apa yang saya maksudkan dengan “Anda nampak apa yang anda percaya”

Inilah paksi pembinaan matlamat. Anda nampak dengan sejelas-jelasnya matlamat yang anda bina. Ianya bagaikan seorang arkitek yang mebina sebuah bangunan yang hebat seperti Menara Berkembar Kuala Lumpur. Itulah konsep pencapaian matlamat yang disarankan oleh Napoleon Hill dalam buku hebat “Think and Grow Rich” yang jualanntya melebihi 30 juta naskah. Konsepnya mudah yang saya panggil CBA iatu “Conceive, Believe , Achieve”. Jika anda boleh memikirkannya dan percayakannya maka anda boleh mencapainya.

Kesimpulannya, perkara utama apabila anda membina matlamat ialah adakah anda nampak dan percaya bahawa anda boleh mencapai matlamat tersebut. Anda nampak secara derianya (VAK – dalam NLP) bahawa matlamat itu sudah dalam gemnggaman anda hari ini. Minda anda tidak tahu antara nyata dan fantasi. Pada minda anda apa yang anda bina dalamnya adalah realiti padanya.
Selamat berjaya membina matlamat yang hebat-hebat untuk diri anda.

No comments: