Saturday, January 10, 2009

NLP Bukan Terapi

“NLP bukan terapi”, itu kata Richard Bandler, pengasas utama NLP.

Ramai orang yang mengganggap NLP itu terapi. Ricahard Bandler menekankan bahawa NLP adalah satu kaedah ‘modeling’ atau pencontohan mengenai perlakuan manusia yang cemerlang atau terbaik. Ianya satu pengalaman subjektif yang mempunyai struktur tertentu. Jika corak dan strukturnya dapat dicontohi maka hasil yang serupa dapat diperoleho leh orang lain.

Kaedah terapi atau kaedah-kaedah intervensi seperti menghilangkan fobia, resolusi konflik, mengubah tabiat secara kebetulannya adalah demonstrasi corak-corak struktur tersebut. Ianya sebagai satu model mengenai apa yang dialami. Dengan menggunakan teknik atau strategi tertentu ianya dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

Dalam bulu terbarunya “Get The Life That You Want” dengan NLP (tentunya!) Richard Bandler menceritakan bahagimana pada awal tahun 70’an terdapat lebih dari lima puluh kaedah pemikiran (school of thoughts) dan teori yang berbeza mengenai cara mengatasi masalah psikologi tetapi tidak satu pun yang berjaya memberikan hasil yang baik secara konsisten. Sebagai ahli matematik dan saintis beliau melihat dan membuat pendekatan yang berbeza dari psikologi.

Dia mengatakan dia tidak melihat ‘apa yang tidak kena’ atau ‘kenapa’. Beliau tidak mencari ‘ubatnya’. Beliau mencari ‘apa yang boleh berhasil atau berjaya tidak kira apa caranya. Jika ada pakar terapi yang berjaya beliau mengkaji apa yang mereka lakukan sebenarnya. (ini adalah modeling). Apabila seseorang dapat mengatasi masalahnya dia mencari apa yang berlaku. Hasilnya adalah NLP.

No comments: