Thursday, January 8, 2009

DDG Dalam NLP

D.D.G (Delete, Distort, Generalise) adalah penapis-penapis utama yang beropreasi dalam minda bagi memperoses semua maklumat yang kita terima melalui 5 pancaindera kita iatu mata (lihat), telinga (dengar), kulit (sentuh), hidung (bau) dan lidah (rasa).

Kelima-lima pancaindera ini adalah sistem deria atau sensori yenag menjadi ‘antenna’ bagi menerima sebarang maklumat dari luar untuk diperoses oleh minda. Dalam masa NLP ianya dikenali dengan panggilan VAKOG (Visual, Audotori, Kinestetik, Olfaktori, Gastatori). Maklumat-maklumat luaran yang diterima melalui antenna ini merupakan stimulus-stimulus yang boleh mencetuskan pelbagai reaksi oleh minda.

Kita menerima ribuan maklumat dan stimulus pada setiap saat. Tetapi kenapa pula tidak semua maklumat yang diterima oleh kelima-lima pancaindera ini diterima, diperoses dan disimpan didalam bank memori kita? Jawapannya terletak terletak kepada DDG yang menjadi penapis-penapis utama kepada pengurusan sistem maklumat setiap individu.

Jika kita tidak mempunyai sistem penapis DDG ini kita akan dihujani dengan bebanan maklumat yang mungkin akan menjadikan kita rebah. Bayangkan sahaja jika anda dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja betapa banyak maklumat yang didedahkan kepada deria anda. Berapa banyak kenderaan yang anda lihat? Jenis Kenderaan? Warnanya? Nombor pendaftarannya? Tempat anda melihatnya? Percakapan dan bunyi yang anda dengar? Punca suara dan bunyi?

Kenapa pula anda tidak ingat semuanya kecuali yang perlu sahaja. Sistem DDG sedang beroperasi untuk anda.

Delete adalah dimana anda memotong mana yang anda tidak perluakan. Kita hanya menerima dan menyimpan yang kita mahu sahaja. Kemudian kita Distort atau herotkan-petotkan mana yang perlu. Kita lihat satu benda. Kita buat persepsi. Lain pula jadi ceritanya. Kemudian kita buat secara umum atau Generalize sahaja. Kita buat andaian ianya sama sahaja. Betapa banyak yang kita lakukan secara umum sahaja.

Dalam NLP penapis-penapis ini yang diperincikan lagi kepada 12 bahagian dikenali dengan Meta-Model. Ianya adalah salah satu model yang dibangunkan oleh Richard Bandler dan John Grinder apabila mereka mempelopori NLP diperingkat awalnya. Mereka juga sebut meta model ini sebagai “The Structure of Magic”.

No comments: