Tuesday, May 6, 2008

Tingkatkan Aras Diri Dengan Pengamalan NLP Anda

Kepada Pengamal NLP :

Sebagai seorang pengamal NLP yang bertauliah sudahkah ada peningkatan aras diri anda? Adakah anda mencapai matlamat seperti yang anda ingini? Atau adakah anda masih ditahap lama? Cubalah ambil sedikit masa untuk memikirkan hal ini.

Jim Stoval seorang pengarang yang buta matanya berkata, masalah ramai orang yang tidak mencapai impian dan matlamat mereka bukanlah kerana mereka tidak tahu untuk melakukan perkara tersebut, tetapi kerana tidak melakukan perkara yang mereka tahu sepatutnya mereka lakukan.

Setiap pengamal NLP seperti anda sepatutnya tahu untuk melakukan apa yang perlu dibuat. Apa yang diketahui baik mestilah dijadikan sesuatu yang "autonomik” (atau automatik) dan "sistemik” iaitu menjadi sebahagian dari sistem saraf diri. Jika kedua-dua ini masih belaum kedapatan bermakna masih ada lagi aras yang dapat ditingkatkan.

Anthony Robbins pula mengatakan, "membuat sesuatu perkara berulang-ulang kali dengan betul adalah ibu kepada segala kemahiran”.

Apakah anda benar-benar memahami keberkesenan Model Komunikasi NLP, Meta Model, Model Milton, mirroring & matching, andaian-anadaian utama NLP yang boleh mengubah diri, Rapport, Sistem Representasi diri, 3A, dll.? Jika tidak ambillah peluang keemasan yang diberikan ini

Bagi anda yang berasa kurang jelas, ingin memahami dengan mendalam, ingin mengulang apa yang telah dipelajari, anda dipelawa untuk mengulang program bersijil NLP 6 hari ini dengan percuma** (bayar untuk kos hotel RM450.00 sahaja). Kami hanya menawarkan tiga tempat bagi pengamal terawal yang mendaftarkan diri. Program 2R ini (revisit dan review) adalah sebahagian dari komitmen dan sokongan kami kepada kemajuan diri anda yang berterusan.

Program kali ke enam ini akan diadakan pada 17hb – 22 hb Mei 2008 di Residence Hotel, UNITEN, Bangi. Sila hubungi Puan Seri Rohani 03-55134462 atau 019-2097087 untuk keterangan lanjut.

No comments: