Thursday, May 8, 2008

Apa Itu NLP

Neuro-Linguistic Programming (NLP) adalah kajian sistematik mengenai model perlakuan induvidu cemerlang. Pencontohan (modeling) corak-corak merangkumi 3 aspek utama setiap insan iaitu bagaimana dia berfikir dengan menggunakan otak yang berkait rapat dengan saraf (Neuro), perhubungan menggunakan bahasa (Linguistic) dan susunan strategi kearah tindakan (programming) dalam mendapatkan sesuatu hasil yang diingini.

Pakar-pakar dan pemaju NLP mentakrifkan NLP mengikut pandangan perspektif mereka masing-masing:

NLP adalah strategi pembelajaran pantas (accelerated learning strategy) untuk menjejaki dan menggunakan corak-corak didalam dunia” John Grinder.

NLP adalah apa juga yang dapat menjayakan sesuatu” Robert Dilts

NLP adalah satu sikap dan kaedah yang meninggalkan jejak dibelakangnya” Richard Bandler.

NLP memulakan sejarahnya di Universiti California Santa Clara oleh Richard Bandler seorang pelajar sarjana dalam matematik / komputer dan psikologi dan Dr. John Grinder seorang pensyarah bahasa diuniversiti tersebut. Pada awalnya mereka melakukan tiga pencontohan keatas induvidu yang cemerlang dalam bidang masing-masing iaitu Milton Erickson (seorang pengamal perubatan dan pakar hipnosis), Virginia Satir ( pakar terapi kelaurga), dan Fritz Pearls (pakar psikologi gestalt).

Pendekatan mereka adala pragmatik dan berorientasikan hasil dari berteori sahaja. Richard Bandler menyifatkan NLP sebagai nsatu proses untuk membantu manusia menggunakan otak mereka dengan lebih berkesan – iaitu menjalankan otak mereka dari membiarkan otak menjalankan mereka.

Hari ini teknologi yang amat terkini ini telah membantu jutaan manusia diseluruh dunia dalam kehidupan dan apa jua yang mereka lakukan termasuklah kerjaya, hubungan dan komunikasi, keluarga, kerjajaya, pendidikan, pemasaran dan jualan, kaunseling dan terapi, latihan dan pembangunan insan, dll.

Anothony Robbins menggunakan NLP dalam kerjayanya dari “jualan ‘zero’ hingga menjadi pakar motivasi terbaik dunia. Malahan Tony Robbins menggunakan NLP untuk meningkatkan prestasi permainan tenis Andre Agassi untuk bangkit semua menjuarai kejuaraan dunia selepas prestasinya menurun beberapa waktu.

No comments: