Tuesday, May 6, 2008

Komunikasi Berimpak Tinggi Dengan NLP

Adakah anda mahu komunikasi anda terang dan jelas? Adakah anda mahu mesej yang anda cuba sampaikan meninggalkan kesan yang mendalam pada penerimanya? Adakah anda mahu orang lain tertarik dengan apa yang anda katakan? Rumusannya, adakah anda mahu menjadi seorang komunikator yang terbaik dan berimpak tinggi?

Jika anda seorang pemimpin dan pengurus organisasi, tidak kira apa peringkat sekalipun, kebolehan berkomunikasi dengan baik adalah fator paling utama kejayaan dan keberkesanan anda. Samada anda berbincang dengan seseorang, mengendalikan mesyuarat kecil atau besar, atau berceramah dikhalayak ramai; keupayaan anda berkomunikasi menjadi penentuan utama.

NLP (Neuro-Linguistic Programming) hari ini diperakui sebagai teknologi komunikasi yang paling berkuasa (powerful). Andaian utama komunikasi NLP "Makna komunikasi adalah respons yang anda perolehi” dan "Anda tidak boleh tidak berkomunikasi” sudah cukup menunjukkan betapa tajamnya teknik komunikasi ini.

Dalam program NLP anda akan mengetahui kaedah yang menjadikan interaksi anda menjadi lebih hebat dan efektif. Anda akan memahami apa itu ”rapport, mirroring & matching, menyauh (anchoring), sistem representasi diri, kajian Mehrabian, mengakses minda, Meta dan Milton” yang membuatkan komunikasi anda lebih bergaya dan berkesan.

No comments: