Sunday, November 25, 2007

Mengapa NLP Berkuasa (Powerful)

Jika anda seorang NLP'er dalam ertikata yang sebenarnya anda mempunyai banyak kelebihan. Anda tahu bagaimana mengendalikan minda/otak (brain anda). Anda dapat menjalankan meta-program yang sentiasa dapat meletakkan diri anda dalam keadaan yang anda ingini.

Seseorang NLP'er yang sebenarnya tidak hanya tahu ilmu atau teknik yang dipelajarinya. Lebih dari itu dia dapat mengamalkan kaedah-kaedah yang diketahuinya itu pada setiap masa terutama masa-masa yang mencabar. Dia dapat menjadikan ilmu dan kaedah dari NLP untuk mengarah (propel) dirinya. Pendek kata dia mempunyai satu sistem propulsi (propulsion) yang hebat untuk menjadikan dirinya positif dan menangani sebarang suasana.

Lebih dari itu seseorang NLP'er dapat mempelopori dan menerokai perkara baru melalui meta-program yang diprosesekan dalam otaknya untuk menjadikannya satu kenyataan. NLP'er berani mencuba kerana baginya "tidak ada kegagalan, hanya maklumbalas". Bila dia melakukan kesilapan dia berasa bertuah kerana kesilapan begitu tidak akan diulang lagi.

NLP bukanlah sekadar satu kaedah yang setakat dipelajari dan kemudian dibiarkan begitu. Ianya adalah satu amalan yang berterusan untuk menjadikan diri sentiasa cemerlang. Teknik atau "pattern" yang dipelajari bukanlah sesuatu yang mekanik dan statik tetapi sentiasa menghasilkan sesuatu yang dinamik setiap kali kita melakukannya.

Itulah semangat NLP. Itulah yang menjadikan NLP amat berkuasa (powerful) untuk diri kita.

1 comment:

me said...

Assalamualaikum En. Taib,

Saya mempunyai anak perempuan berumur 10 tahun. Beliau seorang yang aktif di sekolah dan pada hemat saya beliau mempunyai keyakinan diri yg tinggi. Walaubagaimana pun anak saya adalah seorang yg sangat penakut (takutkan hantu sebenarnya). Takutnya tak kira malam atau siang. Sehinggakan nak ke bilik air atau dapur di siang hari pun beliau takut dan menyuruh adiknya yg berumur 3 tahun utk menemankannya. Sifat takutnya amat menyusahkan dan tidak munasabah. Penat saya mengajarnya membaca ayat kursi atau alfatihah jika takut dan berpesan bahawa Allah lebih berkuasa dr segala-galanya termasuk hantu. Namun beliau masih takut.

Soalan saya bolehkah anak saya dibantu dgn cara NLP dan bolehkah saya membawanya berjumpa En. Taib utk dibantu?

Email saya itakub@yahoo.com.

Salam.