Wednesday, July 2, 2008

Pengenalan Meta-States


Hari ini hari pertama program "Accessing Personal Genius" bersama dengan Dr. Michael Hall, pemaju dan penyelidik yang mengasaskan teori Meta-States, salah satu cabang kepada NLP.

Apakah "meta state" sebenarnya? Ianya adalah kunci bagaimana fikiran kita berfungsi. Bagaimana satu fikiran melahirkan atau membawa kita kepada satu fikiran lagi. dan kepada satu fikrian yang lain pula.

Ertinya fikiran kita bukan bergerak secara linear tetapi secara peringkat yang bergeluk (spiral). Dan dalam mengolah geluk itu (spiralling) ia boleh jadi naik atau merudum (up or down the spiral pathways).

Apakah implikasi ini? Fikiran menentukan keadaan diri kita dalam masa fikiran itu berlaku. Samada kita mempunyai keadaan menuju puncak (peak) atau dipuncak atau merudum menjunam kebawah.

Contohnya: katakan kita berada dalam keadaan yang marahkan seseorang. Fikiran marah menjadikan keadaan kita marah dan negatif. Kita nampak individu tersebut. Fikiran marah digantikan dengan fikiran meradang yang tidak terkawal. Lalu kita hilang kawalan dan berperangai mengluarkan kata-kata yang kurang enak.

Begitulah sebaliknya. Katakan kita sedang memikirkan sesuatu yang seronok kerana naik pangkat. Kita fikirkan bagaimana hendak meraikan keseronokan itu. Lalu kita ajak beberapa rakan rapat minum dicafe kegemalan kita (Starbucks atau Coffee Bean menjadi pilihan saya). Mungkin jika anda memikirkan Starbucks atau Coffee Bean atau kopitiam yang ada dimerata tempat, fikiran anda sudah melayang keperingkat tiga. Dari seronok kepada meraikan kepada cafe kegemaran anda.

Berseronoklah dengan meta anda hari ini.

Salam dari Grand Junction, Colorado, USA
.

No comments: