Thursday, October 9, 2008

Pertanyaan yang saya terima dari seorang pengamal NLP atas mengenai penjiwaan NLP:
"Terima kasih atas peringatan tuan. Emel tersebut sgt menarik dan bermanfaat. Tetapi bgmana untuk memastikan kita berjiwa NLP sepenuhnya?"

Penjelasan saya:
Berjiwa NLP bermakna kita menjadikan amalan yang terbaik sebagai kehidupan kita tanpa kita sedari. Kita lakukan secara "unconscious". Ianya menjadi sebahagian dari kita. Kita ketagih. Kita seronok lakukan. Kita menjadikan dia sebagai satu amalan.

Analoginya ialah seperti kita membasuh muka dan menggosok gigi setiap pagi; seperti kita mengayuh basikal tanpa melihat pada tempat penngayuh; macam kita memandu kereta tanpa melihat pada brek dan accelerator, macam kita menguynyah makanan tanpa berfikir apakah kita akan tergigit lidah. Ianya semuanya dilakukan secara sistemik dan otonomik. Secara automatik.

Berbalik kepada pokok bicara NLP; adakah kita menjadikan "Apakah yang kita mahu" sebagai outcome kita. "Bagaimanakah kita boleh dapatkannya? sebagai pemandu proses kita. Soalan-soalan teras yang menjadi sistemik dan otonomik dalam diri kita.

Adakah kita meletakkan diri kita dalam "state" yang terbaik dan sewajarnya yang dapat "empower" atau menjulang kita? Apakah "state-state" atau keadaan diri yang dapat kita susun supaya kita sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik untuk melakukan apa yang ingin kita lakukan. Menjiwa NLP adalah bertanyakan diri kita secara otomatik, "Adakah ini yang terbaik aku lakukan?. "Apakah ada lain cara atau pilihan lain yang boleh diambil?"

Ianya juga menilai kepercayaan dan nilai kita secera otomatik, "apakah nilai dan kepercyaan aku mengenai perkara ini menjulang atau merudumkan diri aku?". Kita boleh jadikan seribu satu soalan sebagai amalan otonomik yang sistemik dalam diri kita. Ianya bagaikan penapis yang sentiasa beroperasi tanpa perlu disuruh. Bergerak secara tanpa sedar dan sebahagian dari diri kita.

Kita mempunyai banyak sumber dengan menggunakan berbagai teknik yang telah kita pelajari dalam NLP : Reframe, swishing, menyauh, submodaliti, meta model dan sebagainya.

Adakah kita menjadikannya sebahagian dari sistem otonomik dan sistemik dalam diri kita. Jika ya, maka kita sudah menjiwai NLP dan terus meningkatkan keupayaan kita untukl naik dari satu tahap kesatu tahap kecemerlangan yang tiada hadnya.