Sunday, March 30, 2008

Anda Berhak Hebat -Kerana Dirimu Begitu Berharga

Satu petikan yang diperolehi mengenai buku "Anda berhak hebat".

Anda Berhak Hebat

Saya terkesan membaca buku tulisan Haji Md.Taib Mat yang bertajuk ”Anda Berhak Hebat!”. Dengan slogan ’kejayaan ini hak anda, anda berhak memutuskannya’ membuatkan saya benar-benar teruja. Waduh! Saya hampir terperangah: selama ini saya juga seringkali keliru menterjemah ruang hidup.

Sememangnya manusia sering terpukau dengan kenikmatan hidup dengan mengabaikan beberapa anugerahNya. Terkadang manusia dibuai rasa yang menyebabkan diri hanyut ditelan arus kehidupan yang mencabar keimanan. Adakalanya manusia tewas mendepani kemelut dan ujian yang datang tanpa diduga.

Namun, walau apapun situasi yang anda hadapi, anda sebenarnya ”hebat!”. hebat kerana diberi nikmat, hebat kerana diberi cabaran, hebat kerana diberi kecekalan, dan hebat kerana diberi keinsafan. Justeru serlahkan kehebatan anda dengan tanjakan syukur padaNya tanpa berbelah bahagi.

Tambahan pula, Al-Quran mensyariatkan dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :

”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya”.

Sesungguhnya anda berhak hebat. Your happiness is in your hands. Selamat menempuh gelombang hidup dengan ketakwaan!

Petikan dari:
http://musafir23.wordpress.com/2007/11/18/kerana-dirimu-begitu-berhargap/

Hasil Adalah Keutamaan NLP

NLP adalah berkenaan pencapaian dan hasil.

"Apakah yang anda mahu?"

Apa juga yang kita mulakan bermula dengan hasil yang kita ingini. Soalan pemandu utama ini mesti dijawab atau dibentuk secara "meta". Segala tumpuan dan fokus diberikan untuk menghasilkan apa yang dihajati. Ianya bagaikan pancaran laser yang terarah dan tajam serta dihalakan kepada satu tujuan.

Melalui NLP ianya akan membuatkan anda menjadi lebih fokus dan terarah. Tidak kira apa yang anda mahu. Pendapatan kewangan yang berganda. Komunikasi yang efektif. Menangani masalah dan konflik. Apapun dengan membetulkan duduk letak diri anda dalam keadaan yang mantap adalah titik mula untuk pencapaian hasil yang hebat.

NLP adalah lebih dari "Power visualization" atau "creative visualization". Ianya adalah pendekatan secara holitistic. Hanya mereka yang telah menghadiri program NLP memahami kuasa dan pengaruh NLP.

Sunday, March 2, 2008

Kursus “Certified Master NLP Practitioner” (NFNLP)

Kursus ini akan diadakan pada bulan Julai 2008 diHotel Blue Wave, Shah Alam. Ianya adalah program kali pertama diperingkat Master NLP dikendalikan dalam bahasa Malaysia. Program mengambil masa selama 8 hari (1+7) hari ini akan diadakan pada tarikh-tarikh berikut:

16hb Julai 2008 - Pengenalan & Review Asas NLP
12hb-14hb Julai 2008 ) Modul Utama
19hb-22hb Julai 2008 ) & Peperiksaan Bertulis Akhir & Amali

Modul utama dibahagikan dalam dua fasa untuk membolehkan peserta mengaplikasi dan melaksanakan tugasan yang diperlukan.

Kandungan:
Program ini akan menjelaskan dengan mendalam mengenai NLP sebagai satu pendekatan pemikiran sistemik mengenai minda manusia. Ianya akan menimba lebih jauh penggunaan bahasa “Milton” dan “Meta” seperti perkataan hinotik, arahan tersembunyi, aplikasi peringkat logikal yang digabungkan dengan meta-model dan garis masa. Penggunaan metafora dan cerita akan turut diperkembangkan dalam kurikulum ini. Penyampaian secara praktikal oleh peserta ke atas tugasan yang diberikan

Kelayakan Penyertaan:
Penyertaan terbuka kepada mereka yang telah mengikuti program “Pengamal Asas NLP Bersijil” dengan National Federation of NLP (NFNLP) atau mana-mana organisasi NLP yang setaraf dan diiktiraf.

Sila hubungi 03-55134588 / 55134462 - Puan Seri Rohani (019-209 7087) / Puan Ruhaida (013-275 6820) untuk keterangan selanjutnya.

Ianya Macam Magik - Rawatan Fobia Pantas (Bhg 2)

Program Pengamal Asas NLP Bersijil terbuka diadakan pada 23hb hingga 28hb Februari 2008 diQuality Hotel Shah Alam. Sekali lagi teknik Rawatan Fobia Pantas menunjukkan keberkesanan yang luar biasa menyelesaikan masalah fobia/ trauma.

Kes 1: Seorang peserta mempunyai masalah dengan "tikus". Beliau tidak boleh menghadapi "tikus". Sebut "tikus" dan gambarannya sahaja menyebabkan beliau menjadi loya dan macam hendak pitam. Pada petang sehari sebelum teknik didemonstrasikan, apabila "trainer" menyatakan mengenai "tikus" menyebabkan beliau menghadapi masalah teruk hingga terpaksa meninggalkan kelas buat seketika untuk menenangkan keadaan.

Demonstrasi dan teknik rawatan yang dijalankan kurang dari 30 minit menghilangkan masalah ini. Ujian gambaran yang dijalankan menunjukkan kesan negatif fobia/trauma hilang selepas rawatan. Besoknya beliau teklah dihadiahkan dengan sepasang "hamster" (keluarga tikus) dan beliau menjadikan haiwan ini sebagai haiwan peliharaan.

Ianya Macam Magik - Rawatan Fobia Pantas

Dua Program Pengamal NLP Asas bersijil yang dianjurkan dalam bulan Februari membuktikan keberkesanan teknik-teknik NLP yang luar biasa terutama Teknik Rawatan Fobia Pantas (Fast Phobia Cure).

Pertama, dalam program dengan pegawai-pegawai kaunseling Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, di UNITEN Bangi pada 11hb hingga 16hb. Februari 2008. Melibatkan dua orang peserta yang mempunyai masalah fobia / trauma.

Kes 1: Mengalami trauma tidak boleh melihat darah sendiri walaupun sedikit terus naik pitam atau pengsan. Masalah ini telah beliau hadapi selama hampir 40 tahun. Tengok darah bila diambil untuk ujian kesihatan pun boleh menyebabkan pitam. Setelah teknik rawatan fobia dijalankan dalam masa kurang dari 30 minit, masalah ini terus lenyap. Ujian dengan mencucuk jari dan melihat darah sendiri tidak mendatangkan apa-apa kesan negatif lagi.


Kes 2: Seorang peserta menghadapi masalah dengan lipas hampir 20 tahun. Dengar perkataan "lipas" sahaja terus membuatkan dia berasa fobia dan takut. Fisiologi tubuhnya menjadi teruk dan tidak bermaya. Semasa rawatan dijalankan selama hampir 45 minit beliau mengalami cabaran yang teruk. Walau bagaimanapun diakhir rawatan semuanya dapat dihakiskan dan tidak mempunyai masalah tersebut lagi. Keesokkan hari eliau telah diberikan hadiah seekor "lipas" dan tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif lagi.